TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
β™₯gadis Prety
Others:
β™₯ β™₯ β™₯



Reminiscing... (Back to 2012)
Entry updated on Friday, 22 January 2021
Entry got 0 comments | Fly to top :3


Hi, hiii. Assalamualaikum, peeps!
I don't think anyone will get any of my updates on this blog anymore πŸ˜‚

Suddenly, I feel the urge to update my blog after 1 year and 1 month lol. Semua disebabkan adik aku yang baru masuk sekolah menengah. As you all know, sesi persekolahan tahun ini sudah pun bermula pada 2 hari yang lepas (20 Januari 2021).

The reason why aku tiba-tiba nak mengingati memori-memori, kisah-kisah dan kenangan-kenangan lama, aku terbayang zaman aku form 1 dulu. Waktu hari pertama aku masuk SMK Damansara Jaya (I'll be using "DJ" as shortform).

How can I forget how scared and nervous I was back in 2012, when I was only 13...
I was supposed to study in SMK Bandar Utama Damansara (4) tau, tapi my mom nak mudahkan kerja beliau memandangkan beliau guru Sejarah di DJ so I pun transferla ke DJ~
Terpaksalah meninggalkan kawan-kawan BU4 😭
Sorry for leaving you, Arrisya... πŸ™πŸ˜­

(According to Arrsiya back then, I was supposed to be in the same class as her kalau aku stay kat BU4 😭)

Aku ingat lagi, hari tu hari orientasi for form 1. Ibu bawa aku ke dewan sekolah. Jumpa dengan Puan Sharon Ng yang bertanggungjawab dalam hal-hal kemasukan pelajar. From Puan Sharon, aku dapat tahu aku ditempatkan di kelas 1 Cengal - kelas ke-5 daripada 9 kelas yang ada.
Since aku sampai awal, aku duduk di hadapan sekali bagi barisan perempuan πŸ‘€

Selepas selesai apa benda entah yang cikgu-cikgu disiplin semua cakap dalam dewan aku, kitorang dibawa ke kelas masing-masing.
Nak ke kelas, ya Allah... penat aku memanjat tangga sampai ke tingkat 4 nun *face palm*

Aku duduk di barisan kedua dari depan.
Aku ni kan rabun... so tak nak la aku duduk belakang-belakang sangat.
Then, datang seorang budak perempuan berpony tail.

Fatin.

My first friend ever kat DJ haha.

Aku ingat lagi kedudukan beberapa classmate aku time tu.

Depan aku, Louis & Aqeef.
Belakang aku, Iman & Ikhwan.
Belakang Iman & Ikhwan pula, Kaisah & Sakinah.

Berapa kerat je budak Melayu dalam class tu.

Pengerusi kitorang? Adrian.
And aku ada ingat... rasanya Kaisah ada jawatan kan? Ke itu kisah kitorang waktu form 2? Hahahaa, adoiii, nyanyuk sudah aku ni πŸ˜‚
But I remember everyone was calling Kaisah "Queen Control" sebab Kaisah suka buat macam-macam eventhough itu bukan tugas dia πŸ˜‚
(Kaisah, kalau awak baca ni, AMPUNNNN HAHAHAHA πŸ™)

Dipendekkan cerita, kelas kitorang memang happening. With Cik Sathia as our class teacher, memang sporting habisss!
I still remember, Cik Sathia and Affandi suka sangat panggil aku "Triple S" (dari Cik Sathia la aku dalam gelaran ni haha. Miss you, cikgu!)
Tak lupa juga, Farisha (from 1 Balau - kitorang sama kelas Pendidikan Islam) pun suka panggil dengan gelaran tu haha (before she changed to "Sophia" sebab dia rasa panggil "Triple S" tu pelik - bukan nama orang katanya πŸ˜‚)

Tapi tulah. Sayang.
Sebulan setengah je kitorang bersama. Selepas tu, 1 Cengal dibubarkan.
Maka, tercampaklah aku ke kelas 1 Angsana.

Nak buat cerita lebih menarik? 1 Angsana tu kelas pertama πŸ˜ͺ
Menangis tak berlagulah aku kat sana, dahlah bengong pastu tercampak ke kelas tu pula πŸ˜‚

I'll stop here for my story during form 1. Kalau nak disambungkan cerita 1 tahun tu, banyak drama especially dalam kelas 1 Angsana tu HHAAHAHAH (Siapa tahu, tahu πŸ˜†)

Some of you maybe rasa cerita ni macam familiar. Yes. Aku pernah tulis jadikan cerita πŸ˜‚ Siapa yang sempat dan pernah baca "1 Teratai" dalam blog aku yang satu lagi (that blog - deleted), tahulah hahahah.

Penutup kata, aku bersyukur atas apa yang pernah terjadi. Aku bukan aku yang sekarang tanpa segala kejadian sedih dan gembira sepanjang 5 tahun aku belajar di DJ.
To all my friends, thank you for all the memories. Sekarang, bila ingat balik semua kenangan tu, aku mesti tergelak. Betapa budak-budaknya kita dulu hahaha. Ada perkara yang aku akan ketawa bila mengenangnya, tapi sudah tentu ada juga perkara yang buat aku masih 'sakit' bila terlintas di minda.
Whatever it is, kita semua sudah ada jalan hidup masing-masing. Sama ada kita masih in contact atau terputus terus pun, aku tetap simpan memori kita semua πŸ’“

Labels: , ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...

First Day Of School
Entry updated on Thursday, 2 January 2014
Entry got 2 comments | Fly to top :3

First day of school (FDOS) LOL.
Ingatkan nak snap picture tapi disebabkan keterujaan dan gementar untuk ke sekolah, terus terlupa. T_T By the way, Triple S nak cite about my first day of school.
Huh... *breath in* *breath out*
Yup, it's true. I'm in 3 Angsana... T_T Nasib baik ada Ilya. :3 Pagi tadi, pergi sekolah cek papan kenyataan, masa tu doa-doa, I'm in 3 Cengal. Cek, huh... Betullah, 3 Angsana. Redha jelah... Terus pergi kelas 3 Angsana at Blok C. Affandi & Haqiem infront of me when I'm on my way to class. Haqiem masuk 3 Batai. Affandi 3 Cengal. T_T
Masuk kelas, blur, terpinga-pinga. Nak duduk mana ni? Lantaklah... Main letak je beg. Nak cari Ilya, tak de dalam kelas. Beg Ilya? Tahun baru, mesti beg baru. Huhu... Actually, dah nampak botol air cam familliar je tapi Triple S buat bodoh. Tak ingat actually!
Dah letak beg, keluar kelas. Kebetulan, Ilya lalu. Terus Triple S tolak apek depan Triple S. Kebetulan, Ilya pun perasan Triple S. Apa lagi! Drama HINDUSTAN lah! :3
Triple S: Ilya!
Ilya: Sarah!
*pegang tangan*

Ilya tanya fasal tempat duduk. Betullah! Botol air yang macam familiar tu Ilya punya! :3 Terus tukar tempat. Borak-borak. Cite-cite tapi tak banyak. Dipendekkan cerita, kitorang diminta ke Pavilion untuk perhimpunan. Dah ready dah. Tahu dah ada perhimpunan hari ni. Serius mengantuk!

Triple S takut juga sebab cikgu sesi pagi macam tak suka sesi petang. Pagi-pagi lagi dah terbukti, okey! Buktinya, Puan Nurliza, guru berugas minggu ni hampir terlepas cakap panggil kitorang murid sesi petang! Oh, please! :P (maaf kalau melampau, hanya meluahkan rasa tidak puas hati)

Alhamdulillah, okey semuanya but kepala pening sebab dah lama cuti & dah dua tahun tak sekolah sesi pagi. Dua tahun di sesi petang. Anyway, sampai di sini sahajalah. :) Triple S pening. Maaf. :*

Aww... Miss this time!
Triple S yang sebelah kanan itu with Arrisya.
LOL. Tengok gambar ni memang lain dengan sekarang! >.<
Masa ni darjah 4. Ignore kain warna merah tu. Cantikkan? >.< Kelas kitorang ada buat persembahan untuk Hari Anugerah Cemerlang, that's why kena tukar kain. ;)

Triple S

Labels: , , ,

Blogger Unknown said...

assalam .. b0leyh t0long ajar x .. camne nk edit kite nye blog , nk tkr nme ngn sebagainye ? :)

 
Blogger Siti Sarah Sophia said...

Waalaikumsalam... Kalau nak edit nama semua boleh senang je tapi kalau nak edit the whole blog, skin and the others, itu susah. InsyaAllah saya buat tuto or you can refer here:-

http://sayagadissederhana.blogspot.com

Saya refer blog Kak Esha untuk edit blog. ^_^

 

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...

Happy Birthday, Aziq Danial!
Entry updated on
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Kau jangan ingat, aku tak ingat kat kau tau! Kau sekolah kat mana ek? BU3 kan? Atau dah pindah? Anyway, how's school? Okey tak? Haha... Oh ya, ingat lagi tak KAK LONG? Hikhik. >.<
Serius, rindu dowh... Ingat lagi panggilan kau, ABANG LONG. Haha. Rasa kita ni dah macam taiko pulak. >.<
Serius aku taip ni, aku tak tahu nak ucapkan apa kat kau. HAPPY BIRTHDAY, AZIQ DANIAL! Atau kitorang panggil kau Abang Long masa kat kelas 6 Neptun. Hope kau tak lupa lagi kelas tu. ;) Aku rasa nak flashback time je! Nak ulang balik apa yang kita lalui kat 6 Neptun. Kat BU4. :/ How I wish...
Anyway, semoga panjang umur dan murahkan rezeki selalu. :) Aku tak pernah lupakan kau and lain-lain. Hope bahagialah kau ya? >.< Amacam life? (tak de soalan nak tanya ni... -_- ) Hope kau tak jadi macam remaja yang aku tengok liar kat FB and others. Hope kau jadi kau.
Erm... :/ Tak banyak aku nak ucapkan. Tak biasa sangat nak buat panjang ni. Apatah lagi, kau ni lelaki. :3
Oh ya, by the way, sorry tak dapat bagi kau any present. Jauh kot... :3 Kalau dekat pun, tak pasti lagi aku bagi ke tak. >.<
Apa-apapun, good luck in your life and everything. Semoga kau jadi apa yang kau nak. :) Aminn...
Facebook: Aziq Danial
Lain-lain, Triple S tak tahu.
This picture I take from Facebook. His profile picture actually.

P/S: Aziq, aku ada baca komen kat profile picture kau, serius kot! Ada orang kata kau GAY?! Yucks! Haha... >.< Muka jambu? LOL.

Triple S

Labels: ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...

Seminar Novelistar Remaja
Entry updated on Wednesday, 1 January 2014
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Help! Help! Tolong! Tolong! Triple S kesemputan! AHHHHHHHHHH!!!!! Serious, I'm excited! SEMINAR NOVELISTAR REMAJA!!!!!!!!!!!!!
Ehem. Sorry for the extra ordinary excited. Gini ceritanya...
Triple S sedang mengarang bab 2, 3 Teratai. Maklumlah, idea banyak. Dalam masa yang sama, search Google pasal bedak sejuk. Maklumlah, baru beli bedak sejuk. Nak tahu juga apa kegunaannya. Muka Triple S ni berminyak dan berjerawat! Seminggu mencari mendesak parents baru jumpa. Hehe...

Okay, dah out of topic. Then, dah malas nak serach about bedak sejuk sebab semuanya sama saja. Nak tahu benda lain, ekluar benda lain. Then, on Twitter nak tengok ada trending Ariana Rose (The Wedding Breaker) Serius tak puas hati sebab tak ada. Mungkin sebab new year kot. *angkat bahu, mulut dicebikkan* Tengok, ada satu follower baru. Lantak kolah. Aku nak tengok ada orang mention ke tak. Malangnya, tak de. Sombong punya kawan! Aku mention lima orang, dua orang je yang balas? Tu pun, tanya lagi, tak balas-balas! Huh!

Then, off Twitter. On Instagram. Saja kacau Aiman kat Instagram dengan komen banyak-banyak. Panas hati dia! >.< Then, malas sebab guna laptop menyakitkn hati. Guna phone lagi best tapi Aiman tengah guna tab hitam. Akhirnya, TERlog out.

Then, sambung mengarang. Malas nak buka apa-apa. Tiba-tiba, rasa tak best pulak kalau tak on Facebook sebab biasanya on walaupun sekejap. Then, onlah... Ada dua orang add. Dalam hati: Famous pulak aku sejak kebelakangan ni. Asyik ada dua tiga orang add je setiap kali on! Ce bayangkan, sehari on, dua tiga kali dan mesti ada orang add. Okey, perasan kau Triple S! Ada satu mesej. Oh... Group chat. Malaslah. Ada satu notification. Hek eleh... Watak novel approve friend request. Boring...

Biar lagi. Sambung mengarang. Then, buka tab Google Chrome balik dan tekan group PPB. Ada pin post yang baru! *bersemangat*

Scroll ke bawah, baca and tekan link yang Tuan Syaizul berikan. Baca, baca kat link tu, serius bersemangat! Dalam hati, AKU MAHU KE SEMINAR NOVELISTAR REMAJA! Semangat kemain kau! Baca punya baca, terfikir, kena bayar berapa ek? Kebetulan, sudah sampai part harga. Triple S pun bacalah! And... TERKEJUT! RM500?! Terjerit time tu juga! Aiman dan ibu wat derk.

Kecewa tu kecewalah tapi baca juga sebab Kak Ain yang buat. :3 (addicted to Ain Maisarah) Kak Ain pun kata mahal then kurang. Dalam hati, YES! RM250, RM 200 and at last, RM150!

Tak habis baca lagi, pergi ke sebelah ibu yang tengah makan. Cakaplah pasal seminar tu. Saja buat gempak mula-mula kata harga nak pergi tu RM500. Ibu terkejut! >.< Serius Triple S cakap, muka ibu tak boleh blah! Dahlah hari ni birthday ibu! >.< Kejam punya anak! >.<
Triple S tergelak. Then, Triple S terangkan semuanya. Bila kata RM150, baru ibu angguk dengan senyuman walaupun sedang makan. Triple S jangan cakaplah! Senyum sampai ke dahi! (nampak tak penipuannya? :P )

Tapi harga tu sampai 15 Januari je. Ah! Lantak pi! Mesti bayar dalam masa hingga 15 Januari ni!

Dan, sekarang. I''m typing my own story. :3
Haha. Semanga kot! Novel 3 Teratai dah biar macam tu je. Idea macam dah lesap. Tak de dah ayat gempak untuk 3 Teratai. Name tag dan tanda sesi pun tak jahit kat tudung lagi! >.<
Terus search nama Ilya kat chat then start conservation with her.
Triple S: Awak! Awak! Awak! Awak! Awak!
Ilya: Ye! Ye! Ye! Ye! Ye!
Triple S: Awak!!!!!!!!! *excited
Ilya: Nervous!
Okey, kitorang dua-dua bengong. Triple S tak fikir apa dah. Nak bagitau Ilya pasal seminar u tu je. Triple S cadang, nak ajak Ilya sebab adalah juga kawankan? Ilya kata, mahal sangat. :3 Aduyai... Hancur berkecai harapan! Katanya nak beli album Boyfriend. Huhu... Ilya, awak pembunuh keterujaan saya! :3 Tak pe. Awak tunggu, esok saya pujuk awak! HUHU!
Anyway, kalau nak tahu dengan lebuh lanjut about the seminar, click -> Seminar Novelistar Remaja
Sejak ibu tahu Triple S minat menulis, ibu dah kata,
"Pia cuba search internet. Kalau ada mana-mana bengkel penulisan atau seminar, ibu daftarkan terus!" - Ibu

Triple S apa lagi! Search internetlah! Tapi tak jumpa. :3 Putus harapan. Pastu Kak Izanor & Abang Azanil Fitri ada buat tapi di Johor. Sekali lagi, putus harapan...

And now, InsyaAllah termakbul harapan ibu dan Triple S! Amin!

Ingat lagi, bila Triple S tolong ibu filing PBS budak form 1 & 2 yang ibu ajar, masa balik Puan Zatushamam tanya ibu, Triple S boleh jadi cikgu ni. Besar nanti nak jadi apa?

"Oh! Jangan jadi cikgu! Dia nak jadi NOVELISTAR!" - Ibu

Triple S tersenyum. Ibu amat memahami Triple S. Thanks a lot, ibu. I love you more than I love myself. Aduh! Tangkap lelehlah pula! Nak nangis dah ni! :3 Triple S takut jadi macam dalam drama tu, parents tak setuju dengan cita-cita dan bakat anak mereka but Triple S sebaliknya. Thanks ibu! :) Thanks ayah! :) Love you like a love song! Ececececece! :P

P/S: Nak jahit name tag dan tanda sesilah. Ibu dah tegur ni... :)

Triple S

Labels: , , ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...

Happy Birthday, Ibu!
Entry updated on
Entry got 0 comments | Fly to top :3

*gambar cilok dari Google* >.<
Hi guys! Happy new year! Tak sangka, cepat dah masa berlalu. Triple S rasa masih pada tahun 2012 but now, dah 2014?! Serius, terkezzut! >.< Lewat dua tahun Triple S ni. Hehe... By the way, tajuk kenapa lain? Tak naklah buat tajuk Happy New Year! No, no, no, no. Nak buat kelainan sikit. Hehe. (lain 'sangat'! :P )
Happy Birthday, Ibu! May Allah bless you always! I love you so very much! Without you, I am nothing. Today, ibu officially futt... futt... Ehem! 40. :3 (susah sangat nak bagitau!) But look at my mum's face, tak macam 40 kan? Oh ya, itu gambar bulan November 2013 kay. Nak ambil hari ni punya tak sempat sebab ibu keluar shopping dengan ayah. :3 (yang pastinya, bermacam-macam Triple S suruh ibu & ayah belikan. HUAHUAHUA)
Rasanya, ibu & ayah pergi Parkson. Beli handbag baru. Ayah belanja ek? :3
Ibu, I'm jealous of you! Walaupun dah masuk 40, you're still pretty! Not like me! Umur 14 (2013) but kakak sepupu kata macam 21. :3 Matured. Huhu...
Tahun lepas dan dua tahun lepas, serius Pia takut bila ibu disahkan ada tyrox. Bila dengar cerita, arwah abang ibu meninggal sebab penyakit tu, Pia bertambah takut! Pia cuba buang perkara negatif dalam kepala Pia. Ibu makin kurus dan a bit cengkung. But, beberapa bulan kemudian, alhamdulillah, ibu back to normal. Pia happy sesangat! Ibu dah okey until now. Dah tak de nak kena pantang bagai. ALHAMDULILLAH...

Ingat lagi, mak datang rumah. Triple S bersiap nak pergi sekolah (sesi petang) Ibu keluar hantar Udin & Ana rasanya. Mak tengok keadaan rumah kitorang. Tanya macam-macam then nak bezakan antara ibu & Mok Da. Triple S dah 'panas' masa tu tapi pendam je dalam hati. Sabar... Orang tua perlu dihormati...
'Ibu, ibu. Mok Da, Mok Da. Memanglah berbeza. Orang lain-lain! Ibu Pia, ibu Pialah! Jangan nak samakan dengan ibu Nurul!' - Triple S

Kata-kata itu hanya mampu diluahkan di dalam hati atas dasar hormat. Mulut mak tak henti-henti bezakan lagi! Rasanya, hati Triple S dah rentung. Feeling like 'membakar' diri sendiri dan mak. Sabo jelah... Then, tak tahan punya fasal, Triple S terlepas cakap,

"Ibu sakitlah!" - Triple S

Hah, kau! Tahu pun diam lepas Triple S cakap ibu sakit! Lagipun, ibu kena jaga 6 orang anak! Mok Da setakat 3 orang anak, baik tak payah! *flip hair. HOHOHOHOHO

Mulalah mak macam nak canang satu dunia ibu Triple S sakit! Suka hatilah! Tak heran!

Tadi terdengar ibu cakap dengan, sape entah. Sama ada, Su E, Auntie or Pak Lang. Or nenek. Maybe orang itu suruh ibu beli kek. Dengar ibu cakap,

"Malaslah nak beli kek! Tunggu birthday Ana & Pia!" - Ibu

Kenapa Triple S fikir empat orang itu yang call ibu? Because ibu kecek klate! Hehe...

Sorry ibu, tak de hadiah. Huhu... Pokai! :( But I'll try my best to do something for you. :)

Anyway ibu, I still love you 'till Jannah. You are my only mom. Tiada orang lain yang lebih layak dari ibu. :)
Sorry, ibu. Nampak half je! >.<


At Pantai Puteri, Melaka.

At Bukit Melawati.
Actually, ada satu lagi gambar tapi ibu tak bagi upload sebab gambar tu ibu jelir lidah. T_T

At Shah Alam


Triple S

Labels: , ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...

Tahun Baru, Semuanya Baru
Entry updated on Monday, 30 December 2013
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Tahun baru, umur baru, baju baru, kasut baru, peralatan sekolah baru, semuanya barulah! Nasib baik sekolah Triple S bukannya sekolah baru. :3 InsyaAllah bulan 6 pindah. Huhu... Serius, tak nak pindah. Oh ya, cermin mata pun tak tukar baru. Ibu kata dua tahun pakai spek yang sama. :3 Triple S tak kisah. Nanti menyusahkan ibu je. Spek bukannya murah. Ikutkan, tahun ni dah pakai contact lens tapi orang kat kedai cermin mata tu kata, dia cadangkan untuk remaja yang berumur 16 tahun. -_- That's mean, kena tunggu lagi dua tahun. Tapi, okey juga. Pakai cermin mata ni, boleh halang orang dari nampak eyebags. LOL. Actually, nampak juga. :3 Tak pe, malam ni nak letak timun kat mata. Dan sesi baru. Dua tahun belajar di sesi petang. Next year, sesi pagi dah. T_T
Eh, eh. Baru perasan. Triple S terawal sehari pula. Sepatutnya, entri ni buat pada 1 Januari, tapi tak apalah. 1 Januari dah booked untuk entri lain. Hehe... Actually, 1 Januari tu my mom's birthday. Yang keberapa? Biarlah rahsia... Ececececece. Asyik rahsia je. :3 Alaa... Triple S umur 14 (2013) tambahkan 25. Ibu lahirkan Triple S masa umur ibu 25. Hah... Pandai-pandailah kira. Kalau tak tahu nak kira, guna kalkulator. Tak de? Lantak ah... :3 Tapi ni umur 2013 ek! Kalau nak umur 2014, tambah 1. ;)
2 Januari pun dah booked! It's my abang long's birthday! Oh yeah, for your information, Triple S tak ada abang. :3 ABANG LONG. Haha. Bukan abang saudara, sepupu sepapat bagai tu. Abang angkat. Hoho... Actually, kitorang reka abang, kakak angkat ni masa darjah enam. Best kot. >.< Arrisya (my best friend) yang reka. Separuh dari satu kelas yang join. Ce bayangkan, ada 30++ dalam kelas tapi hampir 20 orang nak join main berangkat-angkat ni?
Tahu Triple S jadi apa? Kak Long. Hhahaha. Kiranya, masa darjah enam dulu, Triple S the second senior yang paling tua. Hoho! Abang Long, atau nama sebenarnya (ceh) Aziq Danial. Eh, eh. Teringat Aariz Daniel, Jodoh Itu Milik Kita. Hoho... Arrisya lak Kak Cik. >.< Gila dowh. Rindu!
Triple S ada terfikir, tak ke nampak macam pasangan? ABANG LONG & KAK LONG. -.- Nak kata kat Arrisya tapi tak terluah. Triple S buat andaian sendiri sebab ramai sangat kot. Sampai yang terakhir tu, kitorang panggil 'baby'! Allah! Dahlah yang terakhir tu lelaki! Tak salah Triple S, nama dia Elias. Masa darjah enam, kitorang duduk sebelah-sebelah. Elias malu tapi dia tak cakap. Tegur pun perlahan je. Suka duduk sebelah dia. Puan Salbiah, our class teacher letakkan kami berpasangan. Lelaki perempuan.
Triple S & Elias selalu tengok pasangan (amboi! Harap faham ya dan tiada salah faham. :3 ) lain asyik bergaduh kalau tukar tempat. Siapa duduk sebelah kanan, siapa duduk sebelah kiri. Puan Salbiah akan tukar row setiap bulan agar kitorang dapat rasa duduk di tempat yang berlainan setiap bulan. Triple S & Elias rilek je. Kitorang jenis yang bekerjasama dan bertolak ansur. Kitorang bergilir-gilir. Bulan ni, Triple S duduk sebelah kanan, bulan depan dia pula. Macam tulah. Nasib baik... Tahu kitorang kelas keberapa? Kelas kedua. 6 Neptun. Serius rindu.
Eh, eh. Keluar topik. Selalu macam ni. :3 Bila teringat je, mulalah menlencong.
Anyway, untuk tahun baru, memang barang sekolah semuanya beli barulah.
  • Kasut - dua pasang. North Star. Warna putih memandangkan Triple S bukan pengawas.
  • Baju kurung - dua pasang.
  • Tudung - sehelai sahaja memandangkan masa form 1 & 2 banyak lagi. Ada 4 helai so semuanya 5 helai.
  • Pencil box. Kena ganti baru sebab yang sebelum ni dia punya tu dah patah. T_T Banyak sangat keychain. :3
  • Beg. Tak beli baru pun sebab last year dah beli dulu sebab beg sebelum ni talinya putus. :3
  • Lain-lain, malas nak update. :3
P/S: Actually baru lepas tengok satu video ni kat Youtube. Kalau boleh, tengoklah juga. ^_^ Triple S pun ada tau. *flying kiss* (tetibe)

2NEI Malaysia
Triple S

Labels: ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...