TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Tahun Baru, Semuanya Baru
Entry updated on Monday 30 December 2013
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Tahun baru, umur baru, baju baru, kasut baru, peralatan sekolah baru, semuanya barulah! Nasib baik sekolah Triple S bukannya sekolah baru. :3 InsyaAllah bulan 6 pindah. Huhu... Serius, tak nak pindah. Oh ya, cermin mata pun tak tukar baru. Ibu kata dua tahun pakai spek yang sama. :3 Triple S tak kisah. Nanti menyusahkan ibu je. Spek bukannya murah. Ikutkan, tahun ni dah pakai contact lens tapi orang kat kedai cermin mata tu kata, dia cadangkan untuk remaja yang berumur 16 tahun. -_- That's mean, kena tunggu lagi dua tahun. Tapi, okey juga. Pakai cermin mata ni, boleh halang orang dari nampak eyebags. LOL. Actually, nampak juga. :3 Tak pe, malam ni nak letak timun kat mata. Dan sesi baru. Dua tahun belajar di sesi petang. Next year, sesi pagi dah. T_T
Eh, eh. Baru perasan. Triple S terawal sehari pula. Sepatutnya, entri ni buat pada 1 Januari, tapi tak apalah. 1 Januari dah booked untuk entri lain. Hehe... Actually, 1 Januari tu my mom's birthday. Yang keberapa? Biarlah rahsia... Ececececece. Asyik rahsia je. :3 Alaa... Triple S umur 14 (2013) tambahkan 25. Ibu lahirkan Triple S masa umur ibu 25. Hah... Pandai-pandailah kira. Kalau tak tahu nak kira, guna kalkulator. Tak de? Lantak ah... :3 Tapi ni umur 2013 ek! Kalau nak umur 2014, tambah 1. ;)
2 Januari pun dah booked! It's my abang long's birthday! Oh yeah, for your information, Triple S tak ada abang. :3 ABANG LONG. Haha. Bukan abang saudara, sepupu sepapat bagai tu. Abang angkat. Hoho... Actually, kitorang reka abang, kakak angkat ni masa darjah enam. Best kot. >.< Arrisya (my best friend) yang reka. Separuh dari satu kelas yang join. Ce bayangkan, ada 30++ dalam kelas tapi hampir 20 orang nak join main berangkat-angkat ni?
Tahu Triple S jadi apa? Kak Long. Hhahaha. Kiranya, masa darjah enam dulu, Triple S the second senior yang paling tua. Hoho! Abang Long, atau nama sebenarnya (ceh) Aziq Danial. Eh, eh. Teringat Aariz Daniel, Jodoh Itu Milik Kita. Hoho... Arrisya lak Kak Cik. >.< Gila dowh. Rindu!
Triple S ada terfikir, tak ke nampak macam pasangan? ABANG LONG & KAK LONG. -.- Nak kata kat Arrisya tapi tak terluah. Triple S buat andaian sendiri sebab ramai sangat kot. Sampai yang terakhir tu, kitorang panggil 'baby'! Allah! Dahlah yang terakhir tu lelaki! Tak salah Triple S, nama dia Elias. Masa darjah enam, kitorang duduk sebelah-sebelah. Elias malu tapi dia tak cakap. Tegur pun perlahan je. Suka duduk sebelah dia. Puan Salbiah, our class teacher letakkan kami berpasangan. Lelaki perempuan.
Triple S & Elias selalu tengok pasangan (amboi! Harap faham ya dan tiada salah faham. :3 ) lain asyik bergaduh kalau tukar tempat. Siapa duduk sebelah kanan, siapa duduk sebelah kiri. Puan Salbiah akan tukar row setiap bulan agar kitorang dapat rasa duduk di tempat yang berlainan setiap bulan. Triple S & Elias rilek je. Kitorang jenis yang bekerjasama dan bertolak ansur. Kitorang bergilir-gilir. Bulan ni, Triple S duduk sebelah kanan, bulan depan dia pula. Macam tulah. Nasib baik... Tahu kitorang kelas keberapa? Kelas kedua. 6 Neptun. Serius rindu.
Eh, eh. Keluar topik. Selalu macam ni. :3 Bila teringat je, mulalah menlencong.
Anyway, untuk tahun baru, memang barang sekolah semuanya beli barulah.
  • Kasut - dua pasang. North Star. Warna putih memandangkan Triple S bukan pengawas.
  • Baju kurung - dua pasang.
  • Tudung - sehelai sahaja memandangkan masa form 1 & 2 banyak lagi. Ada 4 helai so semuanya 5 helai.
  • Pencil box. Kena ganti baru sebab yang sebelum ni dia punya tu dah patah. T_T Banyak sangat keychain. :3
  • Beg. Tak beli baru pun sebab last year dah beli dulu sebab beg sebelum ni talinya putus. :3
  • Lain-lain, malas nak update. :3
P/S: Actually baru lepas tengok satu video ni kat Youtube. Kalau boleh, tengoklah juga. ^_^ Triple S pun ada tau. *flying kiss* (tetibe)

2NEI Malaysia
Triple S

Labels: ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...