TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
β™₯gadis Prety
Others:
β™₯ β™₯ β™₯



Reminiscing... (Back to 2012)
Entry updated on Friday 22 January 2021
Entry got 0 comments | Fly to top :3


Hi, hiii. Assalamualaikum, peeps!
I don't think anyone will get any of my updates on this blog anymore πŸ˜‚

Suddenly, I feel the urge to update my blog after 1 year and 1 month lol. Semua disebabkan adik aku yang baru masuk sekolah menengah. As you all know, sesi persekolahan tahun ini sudah pun bermula pada 2 hari yang lepas (20 Januari 2021).

The reason why aku tiba-tiba nak mengingati memori-memori, kisah-kisah dan kenangan-kenangan lama, aku terbayang zaman aku form 1 dulu. Waktu hari pertama aku masuk SMK Damansara Jaya (I'll be using "DJ" as shortform).

How can I forget how scared and nervous I was back in 2012, when I was only 13...
I was supposed to study in SMK Bandar Utama Damansara (4) tau, tapi my mom nak mudahkan kerja beliau memandangkan beliau guru Sejarah di DJ so I pun transferla ke DJ~
Terpaksalah meninggalkan kawan-kawan BU4 😭
Sorry for leaving you, Arrisya... πŸ™πŸ˜­

(According to Arrsiya back then, I was supposed to be in the same class as her kalau aku stay kat BU4 😭)

Aku ingat lagi, hari tu hari orientasi for form 1. Ibu bawa aku ke dewan sekolah. Jumpa dengan Puan Sharon Ng yang bertanggungjawab dalam hal-hal kemasukan pelajar. From Puan Sharon, aku dapat tahu aku ditempatkan di kelas 1 Cengal - kelas ke-5 daripada 9 kelas yang ada.
Since aku sampai awal, aku duduk di hadapan sekali bagi barisan perempuan πŸ‘€

Selepas selesai apa benda entah yang cikgu-cikgu disiplin semua cakap dalam dewan aku, kitorang dibawa ke kelas masing-masing.
Nak ke kelas, ya Allah... penat aku memanjat tangga sampai ke tingkat 4 nun *face palm*

Aku duduk di barisan kedua dari depan.
Aku ni kan rabun... so tak nak la aku duduk belakang-belakang sangat.
Then, datang seorang budak perempuan berpony tail.

Fatin.

My first friend ever kat DJ haha.

Aku ingat lagi kedudukan beberapa classmate aku time tu.

Depan aku, Louis & Aqeef.
Belakang aku, Iman & Ikhwan.
Belakang Iman & Ikhwan pula, Kaisah & Sakinah.

Berapa kerat je budak Melayu dalam class tu.

Pengerusi kitorang? Adrian.
And aku ada ingat... rasanya Kaisah ada jawatan kan? Ke itu kisah kitorang waktu form 2? Hahahaa, adoiii, nyanyuk sudah aku ni πŸ˜‚
But I remember everyone was calling Kaisah "Queen Control" sebab Kaisah suka buat macam-macam eventhough itu bukan tugas dia πŸ˜‚
(Kaisah, kalau awak baca ni, AMPUNNNN HAHAHAHA πŸ™)

Dipendekkan cerita, kelas kitorang memang happening. With Cik Sathia as our class teacher, memang sporting habisss!
I still remember, Cik Sathia and Affandi suka sangat panggil aku "Triple S" (dari Cik Sathia la aku dalam gelaran ni haha. Miss you, cikgu!)
Tak lupa juga, Farisha (from 1 Balau - kitorang sama kelas Pendidikan Islam) pun suka panggil dengan gelaran tu haha (before she changed to "Sophia" sebab dia rasa panggil "Triple S" tu pelik - bukan nama orang katanya πŸ˜‚)

Tapi tulah. Sayang.
Sebulan setengah je kitorang bersama. Selepas tu, 1 Cengal dibubarkan.
Maka, tercampaklah aku ke kelas 1 Angsana.

Nak buat cerita lebih menarik? 1 Angsana tu kelas pertama πŸ˜ͺ
Menangis tak berlagulah aku kat sana, dahlah bengong pastu tercampak ke kelas tu pula πŸ˜‚

I'll stop here for my story during form 1. Kalau nak disambungkan cerita 1 tahun tu, banyak drama especially dalam kelas 1 Angsana tu HHAAHAHAH (Siapa tahu, tahu πŸ˜†)

Some of you maybe rasa cerita ni macam familiar. Yes. Aku pernah tulis jadikan cerita πŸ˜‚ Siapa yang sempat dan pernah baca "1 Teratai" dalam blog aku yang satu lagi (that blog - deleted), tahulah hahahah.

Penutup kata, aku bersyukur atas apa yang pernah terjadi. Aku bukan aku yang sekarang tanpa segala kejadian sedih dan gembira sepanjang 5 tahun aku belajar di DJ.
To all my friends, thank you for all the memories. Sekarang, bila ingat balik semua kenangan tu, aku mesti tergelak. Betapa budak-budaknya kita dulu hahaha. Ada perkara yang aku akan ketawa bila mengenangnya, tapi sudah tentu ada juga perkara yang buat aku masih 'sakit' bila terlintas di minda.
Whatever it is, kita semua sudah ada jalan hidup masing-masing. Sama ada kita masih in contact atau terputus terus pun, aku tetap simpan memori kita semua πŸ’“

Labels: , ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...