TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:
♥ ♥ ♥



Seminar Novelistar Remaja : 1 Mac 2014
Entry updated on Monday, 3 March 2014
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi, Triple S diberi peluang untuk ke Seminar Penulisan Remaja yang diadakan pada 1 Mac 2014 pada hari Sabtu. Baiklah, mulai hari ini, mulai sekarang Triple S akan gunakan:
1. Perkataan yang mudah faham
2. Perkataan standard
3. Bahasa Melayu Tinggi (BMT)
Hah... Ketiga-tiga poin itu Triple S ambil dari Nota Seminar mukasurat 13. (Hah, kau! Mukasurat pun ada! >.< ) Ini kerana, Triple S mahu praktikkan Bahasa Melayu Triple S dengan lebih baik. Lagipula, Triple S sedang mengarang novel (Walaupun tidak diterbitkan. InsyaAllah kalau ada rezeki... :) ) Jika Triple S guna 'bahasa pasar' selalu, bila pula mahu guna BMT, bukan? Lama-kelamaan, Triple S mula terbiasa dengan 'bahasa pasar' dan BMT diabaikan. Kehandalan Triple S dalam menggunakan BMT sebelum ini semakin memudar bak pudarnya warna di baju. (Ehem, ehem! Angkat bakul sendiri, bagaimana mahu bergerak?)
Okay, back to the point.
Di seminar itu, Triple S dapat ramai kawan! Antaranya:
1. Nieya
2. Hani
3. Kak Nana
4. Humaira
5. Wiwid
Hah... Mereka ini semua sebenarnya ahli kumpulan Triple S.
Perhatikan gambar dengan teliti...
Abang Alam Anuar turut bersama kami! Ini kerana, Abang Alam Anuar mentor kami! Kumpulan kami dinamakan sebagai Bubble Blinks. Ada tagline juga ya!

"Bloop! Bloop! Bloop!" - Bubble Blinks
 Oh, seronok sangat! Hampir 40 orang bersamaan 40 Blinkers yang menyertai seminar ini. Triple S tak sempat mahu berkenalan yang lain. Masing-masing hanya tahu nama dan saling berbalas senyuman. Triple S ada perasan, Alyssa Sophia, Nurul Farhanah (Kami sempat berbual sekejap sahaja!), Aina Hadirah, Ainul dan beberapa orang lagi kerana ramai!

Di seminar itu juga, kami yang menghadiri dapat button badge Seminar Novelistar Remaja (Triple S akan upload gambarnya kemudian kerana masih belum ditangkap gambarnya lagi. T.T), Nota Seminar, pen biru dan pada akhirnya, kami dapat sijil! (Ini juga akan diupload kemudian. T.T)

Triple S berasa amat gembira sepanjang seminar berlangsung! Tidak kering gusi dibuatnya! Pasti ada sahaja yang digelakkan. Tapi, apabila hampir tiba waktu untuk pulang Triple S mula rasa sesuatu...

Triple S menyelak lengan baju untuk melihat waktu di jam tangan Triple S. Pukul 4 petang... Triple S mula berasa takut untuk meninggal seminar itu. Cuba bayangkan, kami lalui 'hari bahagia' bersama dan tiba-tiba, kami terpaksa berpisah dan pulang ke rumah masing-masing. Oh! Triple S tidak mahu membayangkannya tapi malangnya, Triple S sudah pun membayangkannya. :3

Imbas kembali
Waktu makan

Pihak Blink menyediakan makan tengah hari. Ada beberapa hidangan. KFC, ada tiga set. Pilih salah satu. Triple S pilih Set D kerana airnya air Milo. >.< Ada juga yang makan nasi.

Selepas makan, kami pergi solat Zuhur. Oh, di sini berlakunya satu konflik! Tempat mengambil wuduk di bahagian muslimah tiada air! :O Terpaksa kami ke bahagian mengambil wuduk muslim. Nasib baik pada waktu Triple S mengambil wuduk, kaum Adam semuanya sedang solat. Tidaklah kami terserempak dan ternampak aurat!

Sewaktu mula-mula masuk ke dewan seminar, Triple S mula mencari Nieya. Nieya berpakaian baju labuh berwarna biru, slack coklat dan bertudung hitam. Pada mulanya, Triple S sudah nampak tetapi tidak berani mendekati kerana takut salah orang. Kebetulan pula Nieya pusing ke belakang dan melambai ke arah Triple S. Alhamdulillah! Itu betul-betul Nieya. Bukan COBAAN... >.< Nasib baik juga, di bahagian tengah meja ada tempat kosong. Jadi, duduklah Triple S diantara Nieya dan Hani.

Akhirnya, masa pun sudah habis. (Sebenarnya, sudah terlebih daripada waktu yang ditetapkan) Ibu bapa dibenarkan masuk ke dalam dewan seminar.

Tiba pula waktu penyampaian sijil. Triple S tahu nama Triple S lambat disebut dan Triple S relaks sahajalah... Bila tiba waktu nama Alyssa Sophia dipanggil, Kak Ain pandang Triple S. Kak Ain panggil Triple S! Triple S pula geleng kepala. Oh, Kak Ain tertukar antara Alyssa Sophia dan Sarah Sophia! >.< Tiba-tiba terasa bangga kerana Kak Ain ingat Triple S. *kembang*

Bila Triple S dipanggil, Triple S segera ke hadapan untuk bersalaman dengan Kak Ain.

Ho-ho-ho... Oh ya, sebelum itu Triple S minta maaf akan gaya tudung Triple S yang sangat menyakitkan mata! Pada mula seminar, gaya tudung semuanya cantik sahaja tetapi lama-kelamaan, faham-faham sahajalah...

Sempat jugalah berbual dengan Kak Ain. Erm... Triple S pun tak ingat apa yang Triple S bualkan. Rasanya Triple S lebih banyak tersenyum kerana tidak tahu apa yang ingin dikatakan. Kata Kak Ain, Kak Ain ingat kan Alyssa Sophia itu Triple S, sebab itu Kak Ain pandang Triple S! Kak Ain turut mendoakan agar Triple S berjaya menjadi novelis. Bukan Triple S seorang sahaja, tetapi semua yang turut hadir juga. :)

Sebelum Triple S melangkah mengambil barang-barang Triple S, Kak Ain sempat menepuk bahu Triple S dan berkata;

"Pembaca pun sudah sama tinggi dengan penulis!" - Kak Ain Maisarah
Triple S hanya mampu tersenyum. :) Sewaktu bersama dengan Nieya pun, Nieya ada berkata perkara yang hampir sama juga. 

"Tak sangka Sarah ni tinggi orangnya."
"Bila berjalan dengan Sarah, rasa seperti saya ni pendek!"
- Nieya

Oh, maafkan saya! Saya tak berniat ingin buat awak rasa begitu! >.<

Setelah beri segala barang yang patut diberikan kepada ayah dan ibu untuk disuruh pegang, Triple S minta izin untuk meminta autograf para penulis Blink. Alhamdulillah... Ibu dan ayah benarkan. :)

 Alhamdulillah... Tapi malangnya, autograf Abang Azanil Fitri dan Abang Fazla tidak sempat diambil. :( Tandatangan Abang Aman Wan juga tidak sempat diambil tetapi kebetulan, Triple S beli nomik Lawak Sekolah: Belajar Berkenalan ada tandatangan Abang Aman Wan! (Akan diupload kemudian)

Kak Eima Manan: Tahu tidak, dua kali Kak Eima tanyakan nama Triple S!

1. Semasa Kak Eima mengambil kertas feedback, Kak Eima sempat tanya Triple S;

"Siti Sarah Sophiakan?" - Kak Eima Manan
Triple S menganggukkan kepala. Terkejut! Dalam hati;

'Weyh! Kak Eima kenal aku kot!' - Triple S 

Bangga jangan cakaplah... Lebih tinggi dari Gunung Everest!

2. Semasa minta autograf Kak Eima. Sekali lagi Kak Eima tanyakan nama Triple S.

"Kak Eima ingat nama saya, eh?" - Triple S
"Mestilah... Kat Instagram tukan?" - Kak Eima Manan

Ho-ho-ho... Kak Eima kenal Triple S dari Instagram, okey!

Kak Izanor Sharif: Masa pergi minta autograf Kak Izanor, Kak Izanor sedang tandatangan orang lain punya. Dan tibalah masa Triple S...

"Siti Sarah diam je... Kak Izanor cari Siti Sarah tadi." - Kak Izanor Sharif 

Dalam hati Triple S: Aww... Terharunya... Kak Izanor cari aku, okey!

Kak Jumie Jain: Bila Triple S pergi dekat Kak Ju untuk minta autograf, Kak Ju perasan dan terus pegang tangan Triple S.

"Nanti kita tangkap gambar sama, okey?" - Kak Jumie Jain 

Triple S terus angguk! Triple S rasa seperti diri ini begitu istimewa. Ewah! Triple S tak sempat kata apa, terus Kak Jumie nak kami bergambar bersama! Sangat terharu, okey!

 Credit pic: Instagram Kak Jumie Jain (@jumiejain)

Kak Jumie pun perkara yang sama dengan Kak Ain. About my height. :3 Mungkin sesuai dijadikan tajuk novel. 'AKU MAHU TINGGI'. Muahahaahaha....

Tapikan... Tapikan... Triple S tak sempat bergambar dengan Kak Izanor, Kak Eima, Kak Hazira, Abang Aman Wan, Abang Fazla dan Abang Azanil! UWAAA!!! :( :'(

Tak apa, nanti Triple S selfie habis-habisan di PWTC nanti! (Yalah tu! :P )

Lupa pula mahu upload gambar yang lain...

1. Gaya tabik Kak Ain!
2. Pandang kanan!!!
3. Gwiyomi!
4. Formal





Triple S

Labels: , , , , , , , , , , , , ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...

Seminar Novelistar Remaja : PREPARATION
Entry updated on Friday, 28 February 2014
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Firstly, weyh! First time buat entri guna phone! *jakun*
Anyway, back to topic. Yeah... Tengah prepare nak pergi Seminar Novelistar Remaja. Ya Allah! Rasanya cepat betul masa berlalu! (penipuan yang jelas lagi nyata) Nasib baik tak terkejar nak beli barang-barang yang diperlukan.
Tahu tak, Triple S suruh ayah call Abang Fazla lepas dapat email pengesahan tapi ayah tak call-call! Sebab apa? Entahlah! Nak kata malu, I'm the one who suppose to shy! Ibu pun suruh. Then, last Friday Triple S suruh ibu callkan. Tahu apa jawapan ibu?
"Call lah sendiri! Belajar buat kerja sendiri. Jangan nak malu. Kena biasakan diri." - Ibu
Tak pasal-pasal kena 'khutbah Jumaat' pula. AlasaAlhamdulillah...
"Alaa... Ibu call lahkan... Demo, demo." - Triple S
"Banyaklah punya demo!" - Ibu.
Demonya satu je bu. Sekali je. Masa tu dah bagi tab yang sudag disavekan number Abang Fazla kat ibu. Boleh pulak time tu ibu tekan butang call! Triple S apa lagi, gelabah cepat-cepat cancel. Nasib baik tak berdering lagi. Lepas berdebat dengan ibu, akhirnya ibu mengalah. Yalah... Ibukan? Mana boleh buat anak lama-lama macam ni. >.< Tapi malangnya, Abang Fazla tak angkat. T.T Teringat yang hari tu hati Jumaat. Of course pergi solat Jumaat!
Dipendekkan cerita, Triple S hantar email je. 4 minit kemudian, Abang Fazla dah balas. Alhamdulillah... Settle.
Esoknya, pergi Jasema beli buku nota, pencil box and etc.
Triple S akan pakai peplum peach, shawl light blue (pinjam Farhana punya) and slack hitam. Hah... Siapa yang pergi, kalau jumpa sesorang yang pakai macam tu, Triple Slah tu!
Triple S

Labels: , , , ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...

Seminar Novelistar Remaja
Entry updated on Wednesday, 1 January 2014
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Help! Help! Tolong! Tolong! Triple S kesemputan! AHHHHHHHHHH!!!!! Serious, I'm excited! SEMINAR NOVELISTAR REMAJA!!!!!!!!!!!!!
Ehem. Sorry for the extra ordinary excited. Gini ceritanya...
Triple S sedang mengarang bab 2, 3 Teratai. Maklumlah, idea banyak. Dalam masa yang sama, search Google pasal bedak sejuk. Maklumlah, baru beli bedak sejuk. Nak tahu juga apa kegunaannya. Muka Triple S ni berminyak dan berjerawat! Seminggu mencari mendesak parents baru jumpa. Hehe...

Okay, dah out of topic. Then, dah malas nak serach about bedak sejuk sebab semuanya sama saja. Nak tahu benda lain, ekluar benda lain. Then, on Twitter nak tengok ada trending Ariana Rose (The Wedding Breaker) Serius tak puas hati sebab tak ada. Mungkin sebab new year kot. *angkat bahu, mulut dicebikkan* Tengok, ada satu follower baru. Lantak kolah. Aku nak tengok ada orang mention ke tak. Malangnya, tak de. Sombong punya kawan! Aku mention lima orang, dua orang je yang balas? Tu pun, tanya lagi, tak balas-balas! Huh!

Then, off Twitter. On Instagram. Saja kacau Aiman kat Instagram dengan komen banyak-banyak. Panas hati dia! >.< Then, malas sebab guna laptop menyakitkn hati. Guna phone lagi best tapi Aiman tengah guna tab hitam. Akhirnya, TERlog out.

Then, sambung mengarang. Malas nak buka apa-apa. Tiba-tiba, rasa tak best pulak kalau tak on Facebook sebab biasanya on walaupun sekejap. Then, onlah... Ada dua orang add. Dalam hati: Famous pulak aku sejak kebelakangan ni. Asyik ada dua tiga orang add je setiap kali on! Ce bayangkan, sehari on, dua tiga kali dan mesti ada orang add. Okey, perasan kau Triple S! Ada satu mesej. Oh... Group chat. Malaslah. Ada satu notification. Hek eleh... Watak novel approve friend request. Boring...

Biar lagi. Sambung mengarang. Then, buka tab Google Chrome balik dan tekan group PPB. Ada pin post yang baru! *bersemangat*

Scroll ke bawah, baca and tekan link yang Tuan Syaizul berikan. Baca, baca kat link tu, serius bersemangat! Dalam hati, AKU MAHU KE SEMINAR NOVELISTAR REMAJA! Semangat kemain kau! Baca punya baca, terfikir, kena bayar berapa ek? Kebetulan, sudah sampai part harga. Triple S pun bacalah! And... TERKEJUT! RM500?! Terjerit time tu juga! Aiman dan ibu wat derk.

Kecewa tu kecewalah tapi baca juga sebab Kak Ain yang buat. :3 (addicted to Ain Maisarah) Kak Ain pun kata mahal then kurang. Dalam hati, YES! RM250, RM 200 and at last, RM150!

Tak habis baca lagi, pergi ke sebelah ibu yang tengah makan. Cakaplah pasal seminar tu. Saja buat gempak mula-mula kata harga nak pergi tu RM500. Ibu terkejut! >.< Serius Triple S cakap, muka ibu tak boleh blah! Dahlah hari ni birthday ibu! >.< Kejam punya anak! >.<
Triple S tergelak. Then, Triple S terangkan semuanya. Bila kata RM150, baru ibu angguk dengan senyuman walaupun sedang makan. Triple S jangan cakaplah! Senyum sampai ke dahi! (nampak tak penipuannya? :P )

Tapi harga tu sampai 15 Januari je. Ah! Lantak pi! Mesti bayar dalam masa hingga 15 Januari ni!

Dan, sekarang. I''m typing my own story. :3
Haha. Semanga kot! Novel 3 Teratai dah biar macam tu je. Idea macam dah lesap. Tak de dah ayat gempak untuk 3 Teratai. Name tag dan tanda sesi pun tak jahit kat tudung lagi! >.<
Terus search nama Ilya kat chat then start conservation with her.
Triple S: Awak! Awak! Awak! Awak! Awak!
Ilya: Ye! Ye! Ye! Ye! Ye!
Triple S: Awak!!!!!!!!! *excited
Ilya: Nervous!
Okey, kitorang dua-dua bengong. Triple S tak fikir apa dah. Nak bagitau Ilya pasal seminar u tu je. Triple S cadang, nak ajak Ilya sebab adalah juga kawankan? Ilya kata, mahal sangat. :3 Aduyai... Hancur berkecai harapan! Katanya nak beli album Boyfriend. Huhu... Ilya, awak pembunuh keterujaan saya! :3 Tak pe. Awak tunggu, esok saya pujuk awak! HUHU!
Anyway, kalau nak tahu dengan lebuh lanjut about the seminar, click -> Seminar Novelistar Remaja
Sejak ibu tahu Triple S minat menulis, ibu dah kata,
"Pia cuba search internet. Kalau ada mana-mana bengkel penulisan atau seminar, ibu daftarkan terus!" - Ibu

Triple S apa lagi! Search internetlah! Tapi tak jumpa. :3 Putus harapan. Pastu Kak Izanor & Abang Azanil Fitri ada buat tapi di Johor. Sekali lagi, putus harapan...

And now, InsyaAllah termakbul harapan ibu dan Triple S! Amin!

Ingat lagi, bila Triple S tolong ibu filing PBS budak form 1 & 2 yang ibu ajar, masa balik Puan Zatushamam tanya ibu, Triple S boleh jadi cikgu ni. Besar nanti nak jadi apa?

"Oh! Jangan jadi cikgu! Dia nak jadi NOVELISTAR!" - Ibu

Triple S tersenyum. Ibu amat memahami Triple S. Thanks a lot, ibu. I love you more than I love myself. Aduh! Tangkap lelehlah pula! Nak nangis dah ni! :3 Triple S takut jadi macam dalam drama tu, parents tak setuju dengan cita-cita dan bakat anak mereka but Triple S sebaliknya. Thanks ibu! :) Thanks ayah! :) Love you like a love song! Ececececece! :P

P/S: Nak jahit name tag dan tanda sesilah. Ibu dah tegur ni... :)

Triple S

Labels: , , ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...