TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Sleepover at Sarah Erieana's House!
Entry updated on Monday, 21 July 2014
Entry got 1 comments | Fly to top :3

Hai, hai. Pada hari Jumaat dan Sabtu minggu lepas, Triple S dan kawan-kawan (macam tajuk buku pula haha) iaitu:
  1. Ilya Zulaikha
  2. Nur Farisha Camelia
  3. Nur Aufa
  4. Nur Kaisah Athirah
...telah menyeleepoverkan diri kami di rumah Sarah Erieana. (jahanam bahasa Melayu aku. haha) Setelah puas memujuk rayu ibu dan ayah, baru dapat pergi. Fuhh! Cuba bayangkan! Haha... Mari sini Triple S ceritakan secara berkronologi. :P

7.00 a.m

Triple S sampai sekolah dan pergi ke surau. Alamak! Surau berkunci. Tak dapat simpan beg penuh dengan pakaian di dalam surau (kami tak salah guna kemudahan surau ya! :P ) Naik ke kelas dan letak beg. Duduk sekejap. Okey, Ilya tak datang lagi. Pergi kelas 3 Batai dan tengok Kaisah dah ada dengan beg dia. Farisha belum sampai lagi. Borak-borak sekejap dengan Kaisah then masuk kelas.

9.50 a.m

Rehat murid tingkatan 3. Kami semua bawa beg pakaian tadi ke surau dan letakkan ke dalam salah satu almari yang ada.

12.30 p.m.

Loceng sekolah berdering menandakan tamat waktu sesi persekolahan sesi pagi. Kami semua berkumpul di dalam surau. Keluarkan segala jenis beg macam budak baru lari dari rumah. Sarah kata abang dia - Edrie akan ambil pukul 1.00 p.m. Sementara tu, kami berborak, bergelak ketawa.

1.30 p.m.

Kata pukul 1.00 last-last pukul 1.30. On the way pergi rumah family Sarah.

2.00 p.m.

Pukul 2.00 sampai. Semua tukar baju, mandi, relaks-relaks. Borak-borak, buang masa sementara tunggu lagi 5 jam setengah nak buka puasa. Sarah kata pukul 5.30 kami akan bertolak ke Wood and Steel - restoran milik keluarga Sarah.

Aufa
Dia demam :(

Ilya
Haha, berkelubung sebab sejuk.

Kaisah
Dengan tuala di kepala - baru lepas mandi haha


5.40 p.m.

Last-last pukul 5.40 baru bertolak :3 Bila sampai Wood and Steel, Triple S dan Ilya teman Aufa dulu pergi farmasi untuk beli panadol untuk Aufa makan lepas berbuka nanti. Lepas tu, pergi masuk Wood and Steel dan order. Triple S order Seafood Cabonara. Nyum! Nyum! Bersama air Betty Boop. Erm... Air apa ek... Nak terangkan pun susah hehe... But half of it Kaisah tolong habiskan hehe...

8.15 p.m.

Dah habis makan semua, naik ke tingkat atas Wood and Steel - nak pergi surau, solat Maghrib. Oh no! Penuh! Lepas itu kami ambil keputusan untuk solat di surau Encorp Strand Mall. Triple S, Aufa, Farisha dan Kaisah pergi solat manakala Sarah dan Ilya pergi beli tiket wayang - The Fault Of Our Stars.

8.30 p.m.

Kami merayau-rayau satu Encorp Mall dulu sebab movie start pukul 9.40 malam. Pergi di bahagian luar tu yang ada banyak jual pakaian tu. (tak tahu apa nama :3 ) Ilya borong sampai 4 helai shawl! Haha... Murah gila kot! Sarah dan Farisha pula belikan Ilya satu shawl sebab hari Sabtu tu, birthday Ilya. Kami meraau-rayau. Naik turun eskalator. Selfie haha. Macam orang gila dah. Nak tengok gambar semuanya ada di Instagram Triple S - @sarahsophiaaa_ Tapi tak semua gambar ada. Ada 4 sahaja yang dicollage. :3 Di Instagram Sarah pun ada rasanya - @srhh__

9.40 p.m.

Movie time! Tapi sebelum tu, teman Aufa, Farisha, Sarah dan Kaisah beli popcorn and the others. Masuk panggung, duduk. Lepas itu Triple S, Aufa dan Kaisah keluar sekejap - pergi tandas. Bila masuk panggung balik, oh man. Movie dah start. Kelam-kabut duduk balik dalam gelap tu. Layan punya layan. Pada saat popcorn Farisha dah nak habis, Sarah dan Aufa punya - mereka kongsi masih penuh. Triple S tak layan sangat popcorn ni. Gelak, menangis - berselang-seli dalam panggung tu. Shawl yang Farisha pakai dah lencun. Triple S pula asyik mengalir air mata. Ilya pula tiada perasaan - TAK MENANGIS LANGSUNG! Haha...



12.00 a.m

Lebih kurang pukul 12 lebih baru balik. Balik terus tukar baju, landing-landing sekejap - dapatlah tengok Ilya terlompat-lompat - happy nak mati bila tengok hadiah dari salah seorang senior kami - Liyana, beri t-shirt BOYFRIEND. Yeah... Ilya minat BOYFRIEND. Lepas itu, kami ke dapur - tolong Sarah buat pizza. Nyum! Nyum! Dapatlah seorang dua. Makan di bilik tidur Sarah. Baring-baring, cerita. Segala rahsia dibongkarkan. Cewah haha. Terkejut dapat tahu mengenai seorang kawan kami dan bercadang mahu perbetulkan dan guide si dia. Cewah. Lampu ditutup. Lama-kelamaan, kami perasan Aufa sudah tidur. Triple S pun sudah lalok. Triple S sudah baring sebelah Aufa, tutup mata tapi masih dengar isi perbualan mereka. Ada part lawak - gelak. Tup-tup, gelap -tidur.


Bangun pagi esok - sahur - tanya Ilya - apa yang jadi - apa yang dibualkan lepas Triple S tidur. Ilya kata, lepas Triple S tidur, semua tidur. Sudah tiada cerita mahu dikongsikan.

P/S: Triple S ada banyak lagi yang mahu dikongsikan tapi sudah penat mahu menaip. Sambung next entry.

Triple S

Labels: , , , , , , ,

Blogger . said...

Sempoi!

 

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...

Happy Birthday, Aziq Danial!
Entry updated on Thursday, 2 January 2014
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Kau jangan ingat, aku tak ingat kat kau tau! Kau sekolah kat mana ek? BU3 kan? Atau dah pindah? Anyway, how's school? Okey tak? Haha... Oh ya, ingat lagi tak KAK LONG? Hikhik. >.<
Serius, rindu dowh... Ingat lagi panggilan kau, ABANG LONG. Haha. Rasa kita ni dah macam taiko pulak. >.<
Serius aku taip ni, aku tak tahu nak ucapkan apa kat kau. HAPPY BIRTHDAY, AZIQ DANIAL! Atau kitorang panggil kau Abang Long masa kat kelas 6 Neptun. Hope kau tak lupa lagi kelas tu. ;) Aku rasa nak flashback time je! Nak ulang balik apa yang kita lalui kat 6 Neptun. Kat BU4. :/ How I wish...
Anyway, semoga panjang umur dan murahkan rezeki selalu. :) Aku tak pernah lupakan kau and lain-lain. Hope bahagialah kau ya? >.< Amacam life? (tak de soalan nak tanya ni... -_- ) Hope kau tak jadi macam remaja yang aku tengok liar kat FB and others. Hope kau jadi kau.
Erm... :/ Tak banyak aku nak ucapkan. Tak biasa sangat nak buat panjang ni. Apatah lagi, kau ni lelaki. :3
Oh ya, by the way, sorry tak dapat bagi kau any present. Jauh kot... :3 Kalau dekat pun, tak pasti lagi aku bagi ke tak. >.<
Apa-apapun, good luck in your life and everything. Semoga kau jadi apa yang kau nak. :) Aminn...
Facebook: Aziq Danial
Lain-lain, Triple S tak tahu.
This picture I take from Facebook. His profile picture actually.

P/S: Aziq, aku ada baca komen kat profile picture kau, serius kot! Ada orang kata kau GAY?! Yucks! Haha... >.< Muka jambu? LOL.

Triple S

Labels: ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...

Happy Birthday, Ibu!
Entry updated on Wednesday, 1 January 2014
Entry got 0 comments | Fly to top :3

*gambar cilok dari Google* >.<
Hi guys! Happy new year! Tak sangka, cepat dah masa berlalu. Triple S rasa masih pada tahun 2012 but now, dah 2014?! Serius, terkezzut! >.< Lewat dua tahun Triple S ni. Hehe... By the way, tajuk kenapa lain? Tak naklah buat tajuk Happy New Year! No, no, no, no. Nak buat kelainan sikit. Hehe. (lain 'sangat'! :P )
Happy Birthday, Ibu! May Allah bless you always! I love you so very much! Without you, I am nothing. Today, ibu officially futt... futt... Ehem! 40. :3 (susah sangat nak bagitau!) But look at my mum's face, tak macam 40 kan? Oh ya, itu gambar bulan November 2013 kay. Nak ambil hari ni punya tak sempat sebab ibu keluar shopping dengan ayah. :3 (yang pastinya, bermacam-macam Triple S suruh ibu & ayah belikan. HUAHUAHUA)
Rasanya, ibu & ayah pergi Parkson. Beli handbag baru. Ayah belanja ek? :3
Ibu, I'm jealous of you! Walaupun dah masuk 40, you're still pretty! Not like me! Umur 14 (2013) but kakak sepupu kata macam 21. :3 Matured. Huhu...
Tahun lepas dan dua tahun lepas, serius Pia takut bila ibu disahkan ada tyrox. Bila dengar cerita, arwah abang ibu meninggal sebab penyakit tu, Pia bertambah takut! Pia cuba buang perkara negatif dalam kepala Pia. Ibu makin kurus dan a bit cengkung. But, beberapa bulan kemudian, alhamdulillah, ibu back to normal. Pia happy sesangat! Ibu dah okey until now. Dah tak de nak kena pantang bagai. ALHAMDULILLAH...

Ingat lagi, mak datang rumah. Triple S bersiap nak pergi sekolah (sesi petang) Ibu keluar hantar Udin & Ana rasanya. Mak tengok keadaan rumah kitorang. Tanya macam-macam then nak bezakan antara ibu & Mok Da. Triple S dah 'panas' masa tu tapi pendam je dalam hati. Sabar... Orang tua perlu dihormati...
'Ibu, ibu. Mok Da, Mok Da. Memanglah berbeza. Orang lain-lain! Ibu Pia, ibu Pialah! Jangan nak samakan dengan ibu Nurul!' - Triple S

Kata-kata itu hanya mampu diluahkan di dalam hati atas dasar hormat. Mulut mak tak henti-henti bezakan lagi! Rasanya, hati Triple S dah rentung. Feeling like 'membakar' diri sendiri dan mak. Sabo jelah... Then, tak tahan punya fasal, Triple S terlepas cakap,

"Ibu sakitlah!" - Triple S

Hah, kau! Tahu pun diam lepas Triple S cakap ibu sakit! Lagipun, ibu kena jaga 6 orang anak! Mok Da setakat 3 orang anak, baik tak payah! *flip hair. HOHOHOHOHO

Mulalah mak macam nak canang satu dunia ibu Triple S sakit! Suka hatilah! Tak heran!

Tadi terdengar ibu cakap dengan, sape entah. Sama ada, Su E, Auntie or Pak Lang. Or nenek. Maybe orang itu suruh ibu beli kek. Dengar ibu cakap,

"Malaslah nak beli kek! Tunggu birthday Ana & Pia!" - Ibu

Kenapa Triple S fikir empat orang itu yang call ibu? Because ibu kecek klate! Hehe...

Sorry ibu, tak de hadiah. Huhu... Pokai! :( But I'll try my best to do something for you. :)

Anyway ibu, I still love you 'till Jannah. You are my only mom. Tiada orang lain yang lebih layak dari ibu. :)
Sorry, ibu. Nampak half je! >.<


At Pantai Puteri, Melaka.

At Bukit Melawati.
Actually, ada satu lagi gambar tapi ibu tak bagi upload sebab gambar tu ibu jelir lidah. T_T

At Shah Alam


Triple S

Labels: , ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...