TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



"Running Man tu Korea eh?" - Oteh
Entry updated on Friday 12 February 2016
Entry got 0 comments | Fly to top :3


Tersebutlah kisah~

Lolol. Haha.

Hari itu, balik kampung. Hari Sabtu balik kampung. Isnin balik KL balik. Nak cerita pasal hari Ahad ni.

Selalunya, kalau tengok berita, Triple S selalu tengok TV3 punya. Tapi hari Ahad hari tu, Oteh buka TV9. Tak biasa sangat dengan berita TV9. Rupa-rupanya, berita TV9 ni setengah jam je. Bila dah 8.30, terkejut bila habis. Lepas tu dengar pula bunyi yang familiar. Waktu tu tengah duduk kat sofa berangka tiga dengan ayah dan tengah tunduk. Bila dengar bunyi familiar tu, terus tengok tv.

Tahu bunyi familiar apa?

Running Man!

I was like, "like seriously? Running Man?"

Oteh tengah duduk kat sofa berangka dua. Well, actually Oteh tengah baring kat sofa tu. "Ehhh ambil remote tu Ana. Buka berita TV3."
Ayah Triple S pula memang tunggu nak tukar ke TV3 untuk tengok berita.

Ana tu adik Triple S. Kebetulan tengah baring kat tilam depan tv dan remote dekat depan tv.
Ana pergilah ambil...

Waktu Ana ambil remote tu, Oteh pandang Triple S. Oteh tanya, "Running Man tu Korea eh?"

Triple S pun angguklah sambil jawab, "a'ah."

Tepat-tepat time Ana hulur remote dengan berkata, "Nah.", Oteh pula kata, "tak pelah. Tak jadi. Nak tengok ni."

Triple S dah gelak bagai nak gila. Bayangkan, tadi punyalah gelabah nak remote tv sebab nak tengok berita, bila sedar yang Running Man tu variety show Korea yang selalu Oteh tengok, terus tak jadi. Bagaikan baru tersedar dari tidur selepas mimpi tahu?
HHAHAHAHA
Triple S gelak siap tepuk tangan lagi sebab tak tahan rasa geli hati!

Ayah Triple S pula dah pandang adik dia, that is Oteh dengan pandangan tak puas hati. "Bakau darah..." by the way, ayah Triple S orang Melaka so loghat Melaka tu pekat haha.
Triple S gelak lagilah hahahah.

Dan biasalah. Memang tak sah gelak kalau tengok Running Man. Triple S ni, benda kecil pun boleh gelak gila-gila. Waktu tu, Jae Seok tengah bercakap. Dia cakap mana tak pernah tak lawakkan? Haha. Dia cakap sikit je, Triple S dah gelak gila-gila. Kak Wani, anak Oteh datang duduk sebelah Triple S pun gelak. Bukan gelak sebab tengok Running Man tapi gelak sebab Triple S gelak hahahahah.

Sebenarnya, ayah Triple S pun layan Running Man tapi bila ada benda lain yang lebih penting macam tengok berita, ayah Triple S akan abaikan Running Man. Selalu juga gelak bagai nak gila dengan ayah kat rumah bila tengok Running Man. Plus, ayah siap downloadkan beberapa episod Running Man secara random! Ada masanya, Triple S yang minta ayah downloadkan tapi bila ayah syok sangat layan, tanpa diminta, ayah sendiri yang downloadkan.

Tapi
Triple S paling suka bila tengok ramai-ramai. I mean, ramai-ramai tu ada ayah, Oteh dan Uda. Tiga beradik ni paling best haha. Bila semua orang balik kampung, dan ada Running Man waktu tu. Triple S dan adik beradik serta sepupu-sepupu Triple S akan berada dihadapan tv. Ayah-ayah kami akan duduk di sofa atau baring dekat-dekat dengan tv.
Kadang-kadang, kitorang yang anak-anak ni tak sempat gelak, ayah, Oteh & Uda dah gelak bagai nak gila. Pecah rumah! Hahahah. Sebab tu Triple S suka tengok Running Man lagi-lagi kat kampung. Merapatkan silaturahim tanpa sedar ^_^

Bila lagi nak cuti? Ngeee

Triple S

Labels:

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...