TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
β™₯gadis Prety
Others:
β™₯ β™₯ β™₯



A Brief Life Update
Entry updated on Thursday 12 August 2021
Entry got 0 comments | Fly to top :3


Heyy!

Currently, I'm in my semester break (Sem 4 - ROAD TO SEM 5, ROAD TO FINAL YEAR). Sebenarnya kan, punyalah aku plan nak update blog sekerap mana yang mampu bila aku start sem break ni, tapiiii Tuhan nak datangkan ujian buat aku dan keluarga.

(Aku plan nak update serba sedikit mengenai study aku - tak pernah lagikan aku update pasal universiti akukan? - nak buat review pasal K-Drama yang aku layan since in the middle of sem 3 lol banyak gilaaaa)

Macam yang aku mention atas tu, Tuhan jatuhkan ujian untuk keluarga aku di mana kami semua positif COVID-19. Allahu... Ujian sungguh untuk kami sekeluarga.
Alhamdulillah, kami semua dah sembuh tapi side effect tu masih ada.
Disebabkan dah sembuh inilah aku baru dapat update blog yang berbulan dah bersawang ni.

Di kesempatan ini, aku nak ucapkan jutaan terima kasih buat keluarga dan sahabat yang mendoakan kami sekeluarga.
Keluarga belah Kelantan yang tak pernah lekang dengan doa.
Keluarga belah Melaka yang diuji dengan dugaan yang sama.
Sahabat-sahabat aku,
Catahas, I love you guys. Thanks for being there for me. Kaisah, Aufa, Chalyla dan Farisha πŸ’“
My ayamz, Surfina, Kamalia, Natasha, Nadirah, Adriana, Ashvina dan Biit πŸ’“
Tak lupa juga Ilya yang bertanya khabar bila dapat tahu tentang keadaan aku πŸ’“
Dan juga Syarina yang baru tahu bila aku update yang aku dah sembuh hahahha πŸ’“

Terima kasih, kalian πŸ’“
Korang always WhatsApp (or DM me on IG) for update on our condition. Really appreciated.

Walaupun banyak masanya aku lewat reply. Most of the time aku tak larat nak pegang phone pun.

Thank you, Kaisah sebab layan saya meluahkan dan ada lah beberapa kali video call sekali dengan the rest of catahas haha.
Thank you to Aufa and family untuk doa-doanya.
My best friend - that is also my close neighbour, Surfina - tiba-tiba call beritahu family dia nak hantar barang. Allah... THAT WAS A LOT! Thank you thank you thank you, semoga Allah murahkan rezeki family awak.

Now, dah sihat tapi masih ada kesannya. I kinda lost my sense of smell and taste. Like, partially lost them? Eh, tak rasa macam separuh. Rasa macam I lost around 70-80% of my sense of taste and smell. Demam memang lama dah tak de. Batuk pun dah hilang. Itu je la yang tersisa huhu. Oh, and cara pernafasan jadi lain. Sebelum ni aku naik turun tangga no problem je, sekarang ni ya ampunnnn, tarik nafas sampai berbunyi-bunyi la! Lagi-lagi pakai mask kan. Allah... Rasa macam paru-paru ni berkerja keras sangat untuk kasi aku oxygen.

Seriously, korang. Please please pleaseeeeee take care of yourself!!! And family.
Family aku dah jaga sebaik mungkin pun boleh terkena disebabkan orang yang tidak tahu untuk bertanggungjawab kepada diri sendiri.

Kalau rasa demam, batuk or selesema, please stay at home. Mungkin kau tak rasa itu sebenarnya COVID-19, tapi kau dah infect ramai orang. Jangan selfish. Cukuplah pak menteri semua dah selfish, rakyat kena pandai eh. Jangan ikut bebal pula.
Eh ter-emo lol.

I think sampai di sini sahaja. InsyaAllah aku akan update more before sem 5 starts in October ✌
Gonna update my life in campus before COVID-19, gonna update time aku tersekat kat kampus disebabkan COVID-19 haha and last but not least, gonna share my review on TONS of K-Dramas I've watched since end of last year keke.

P/S : Aku dah vac first dose before positive with COVID-19. A week after vac, COVID-19 menjengah, ehhhh hahahahha. Supposedly dapat second dose dah tapiiii hmmm. Entah berapa lama nak kena tunggu ni. Katanya kena tunggu 3 bulan lepas baru boleh dapat vaksin kan? (Untuk manusia yang sembuh COVID-19)

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...