TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Sleepover at Sarah Erieana's House!
Entry updated on Monday 21 July 2014
Entry got 1 comments | Fly to top :3

Hai, hai. Pada hari Jumaat dan Sabtu minggu lepas, Triple S dan kawan-kawan (macam tajuk buku pula haha) iaitu:
  1. Ilya Zulaikha
  2. Nur Farisha Camelia
  3. Nur Aufa
  4. Nur Kaisah Athirah
...telah menyeleepoverkan diri kami di rumah Sarah Erieana. (jahanam bahasa Melayu aku. haha) Setelah puas memujuk rayu ibu dan ayah, baru dapat pergi. Fuhh! Cuba bayangkan! Haha... Mari sini Triple S ceritakan secara berkronologi. :P

7.00 a.m

Triple S sampai sekolah dan pergi ke surau. Alamak! Surau berkunci. Tak dapat simpan beg penuh dengan pakaian di dalam surau (kami tak salah guna kemudahan surau ya! :P ) Naik ke kelas dan letak beg. Duduk sekejap. Okey, Ilya tak datang lagi. Pergi kelas 3 Batai dan tengok Kaisah dah ada dengan beg dia. Farisha belum sampai lagi. Borak-borak sekejap dengan Kaisah then masuk kelas.

9.50 a.m

Rehat murid tingkatan 3. Kami semua bawa beg pakaian tadi ke surau dan letakkan ke dalam salah satu almari yang ada.

12.30 p.m.

Loceng sekolah berdering menandakan tamat waktu sesi persekolahan sesi pagi. Kami semua berkumpul di dalam surau. Keluarkan segala jenis beg macam budak baru lari dari rumah. Sarah kata abang dia - Edrie akan ambil pukul 1.00 p.m. Sementara tu, kami berborak, bergelak ketawa.

1.30 p.m.

Kata pukul 1.00 last-last pukul 1.30. On the way pergi rumah family Sarah.

2.00 p.m.

Pukul 2.00 sampai. Semua tukar baju, mandi, relaks-relaks. Borak-borak, buang masa sementara tunggu lagi 5 jam setengah nak buka puasa. Sarah kata pukul 5.30 kami akan bertolak ke Wood and Steel - restoran milik keluarga Sarah.

Aufa
Dia demam :(

Ilya
Haha, berkelubung sebab sejuk.

Kaisah
Dengan tuala di kepala - baru lepas mandi haha


5.40 p.m.

Last-last pukul 5.40 baru bertolak :3 Bila sampai Wood and Steel, Triple S dan Ilya teman Aufa dulu pergi farmasi untuk beli panadol untuk Aufa makan lepas berbuka nanti. Lepas tu, pergi masuk Wood and Steel dan order. Triple S order Seafood Cabonara. Nyum! Nyum! Bersama air Betty Boop. Erm... Air apa ek... Nak terangkan pun susah hehe... But half of it Kaisah tolong habiskan hehe...

8.15 p.m.

Dah habis makan semua, naik ke tingkat atas Wood and Steel - nak pergi surau, solat Maghrib. Oh no! Penuh! Lepas itu kami ambil keputusan untuk solat di surau Encorp Strand Mall. Triple S, Aufa, Farisha dan Kaisah pergi solat manakala Sarah dan Ilya pergi beli tiket wayang - The Fault Of Our Stars.

8.30 p.m.

Kami merayau-rayau satu Encorp Mall dulu sebab movie start pukul 9.40 malam. Pergi di bahagian luar tu yang ada banyak jual pakaian tu. (tak tahu apa nama :3 ) Ilya borong sampai 4 helai shawl! Haha... Murah gila kot! Sarah dan Farisha pula belikan Ilya satu shawl sebab hari Sabtu tu, birthday Ilya. Kami meraau-rayau. Naik turun eskalator. Selfie haha. Macam orang gila dah. Nak tengok gambar semuanya ada di Instagram Triple S - @sarahsophiaaa_ Tapi tak semua gambar ada. Ada 4 sahaja yang dicollage. :3 Di Instagram Sarah pun ada rasanya - @srhh__

9.40 p.m.

Movie time! Tapi sebelum tu, teman Aufa, Farisha, Sarah dan Kaisah beli popcorn and the others. Masuk panggung, duduk. Lepas itu Triple S, Aufa dan Kaisah keluar sekejap - pergi tandas. Bila masuk panggung balik, oh man. Movie dah start. Kelam-kabut duduk balik dalam gelap tu. Layan punya layan. Pada saat popcorn Farisha dah nak habis, Sarah dan Aufa punya - mereka kongsi masih penuh. Triple S tak layan sangat popcorn ni. Gelak, menangis - berselang-seli dalam panggung tu. Shawl yang Farisha pakai dah lencun. Triple S pula asyik mengalir air mata. Ilya pula tiada perasaan - TAK MENANGIS LANGSUNG! Haha...



12.00 a.m

Lebih kurang pukul 12 lebih baru balik. Balik terus tukar baju, landing-landing sekejap - dapatlah tengok Ilya terlompat-lompat - happy nak mati bila tengok hadiah dari salah seorang senior kami - Liyana, beri t-shirt BOYFRIEND. Yeah... Ilya minat BOYFRIEND. Lepas itu, kami ke dapur - tolong Sarah buat pizza. Nyum! Nyum! Dapatlah seorang dua. Makan di bilik tidur Sarah. Baring-baring, cerita. Segala rahsia dibongkarkan. Cewah haha. Terkejut dapat tahu mengenai seorang kawan kami dan bercadang mahu perbetulkan dan guide si dia. Cewah. Lampu ditutup. Lama-kelamaan, kami perasan Aufa sudah tidur. Triple S pun sudah lalok. Triple S sudah baring sebelah Aufa, tutup mata tapi masih dengar isi perbualan mereka. Ada part lawak - gelak. Tup-tup, gelap -tidur.


Bangun pagi esok - sahur - tanya Ilya - apa yang jadi - apa yang dibualkan lepas Triple S tidur. Ilya kata, lepas Triple S tidur, semua tidur. Sudah tiada cerita mahu dikongsikan.

P/S: Triple S ada banyak lagi yang mahu dikongsikan tapi sudah penat mahu menaip. Sambung next entry.

Triple S

Labels: , , , , , , ,

Blogger Delaila Delyana said...

Sempoi!

 

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...