TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Seminar Novelistar Remaja : 1 Mac 2014
Entry updated on Monday 3 March 2014
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Alhamdulillah... Syukur ke hadrat Ilahi, Triple S diberi peluang untuk ke Seminar Penulisan Remaja yang diadakan pada 1 Mac 2014 pada hari Sabtu. Baiklah, mulai hari ini, mulai sekarang Triple S akan gunakan:
1. Perkataan yang mudah faham
2. Perkataan standard
3. Bahasa Melayu Tinggi (BMT)
Hah... Ketiga-tiga poin itu Triple S ambil dari Nota Seminar mukasurat 13. (Hah, kau! Mukasurat pun ada! >.< ) Ini kerana, Triple S mahu praktikkan Bahasa Melayu Triple S dengan lebih baik. Lagipula, Triple S sedang mengarang novel (Walaupun tidak diterbitkan. InsyaAllah kalau ada rezeki... :) ) Jika Triple S guna 'bahasa pasar' selalu, bila pula mahu guna BMT, bukan? Lama-kelamaan, Triple S mula terbiasa dengan 'bahasa pasar' dan BMT diabaikan. Kehandalan Triple S dalam menggunakan BMT sebelum ini semakin memudar bak pudarnya warna di baju. (Ehem, ehem! Angkat bakul sendiri, bagaimana mahu bergerak?)
Okay, back to the point.
Di seminar itu, Triple S dapat ramai kawan! Antaranya:
1. Nieya
2. Hani
3. Kak Nana
4. Humaira
5. Wiwid
Hah... Mereka ini semua sebenarnya ahli kumpulan Triple S.
Perhatikan gambar dengan teliti...
Abang Alam Anuar turut bersama kami! Ini kerana, Abang Alam Anuar mentor kami! Kumpulan kami dinamakan sebagai Bubble Blinks. Ada tagline juga ya!

"Bloop! Bloop! Bloop!" - Bubble Blinks
 Oh, seronok sangat! Hampir 40 orang bersamaan 40 Blinkers yang menyertai seminar ini. Triple S tak sempat mahu berkenalan yang lain. Masing-masing hanya tahu nama dan saling berbalas senyuman. Triple S ada perasan, Alyssa Sophia, Nurul Farhanah (Kami sempat berbual sekejap sahaja!), Aina Hadirah, Ainul dan beberapa orang lagi kerana ramai!

Di seminar itu juga, kami yang menghadiri dapat button badge Seminar Novelistar Remaja (Triple S akan upload gambarnya kemudian kerana masih belum ditangkap gambarnya lagi. T.T), Nota Seminar, pen biru dan pada akhirnya, kami dapat sijil! (Ini juga akan diupload kemudian. T.T)

Triple S berasa amat gembira sepanjang seminar berlangsung! Tidak kering gusi dibuatnya! Pasti ada sahaja yang digelakkan. Tapi, apabila hampir tiba waktu untuk pulang Triple S mula rasa sesuatu...

Triple S menyelak lengan baju untuk melihat waktu di jam tangan Triple S. Pukul 4 petang... Triple S mula berasa takut untuk meninggal seminar itu. Cuba bayangkan, kami lalui 'hari bahagia' bersama dan tiba-tiba, kami terpaksa berpisah dan pulang ke rumah masing-masing. Oh! Triple S tidak mahu membayangkannya tapi malangnya, Triple S sudah pun membayangkannya. :3

Imbas kembali
Waktu makan

Pihak Blink menyediakan makan tengah hari. Ada beberapa hidangan. KFC, ada tiga set. Pilih salah satu. Triple S pilih Set D kerana airnya air Milo. >.< Ada juga yang makan nasi.

Selepas makan, kami pergi solat Zuhur. Oh, di sini berlakunya satu konflik! Tempat mengambil wuduk di bahagian muslimah tiada air! :O Terpaksa kami ke bahagian mengambil wuduk muslim. Nasib baik pada waktu Triple S mengambil wuduk, kaum Adam semuanya sedang solat. Tidaklah kami terserempak dan ternampak aurat!

Sewaktu mula-mula masuk ke dewan seminar, Triple S mula mencari Nieya. Nieya berpakaian baju labuh berwarna biru, slack coklat dan bertudung hitam. Pada mulanya, Triple S sudah nampak tetapi tidak berani mendekati kerana takut salah orang. Kebetulan pula Nieya pusing ke belakang dan melambai ke arah Triple S. Alhamdulillah! Itu betul-betul Nieya. Bukan COBAAN... >.< Nasib baik juga, di bahagian tengah meja ada tempat kosong. Jadi, duduklah Triple S diantara Nieya dan Hani.

Akhirnya, masa pun sudah habis. (Sebenarnya, sudah terlebih daripada waktu yang ditetapkan) Ibu bapa dibenarkan masuk ke dalam dewan seminar.

Tiba pula waktu penyampaian sijil. Triple S tahu nama Triple S lambat disebut dan Triple S relaks sahajalah... Bila tiba waktu nama Alyssa Sophia dipanggil, Kak Ain pandang Triple S. Kak Ain panggil Triple S! Triple S pula geleng kepala. Oh, Kak Ain tertukar antara Alyssa Sophia dan Sarah Sophia! >.< Tiba-tiba terasa bangga kerana Kak Ain ingat Triple S. *kembang*

Bila Triple S dipanggil, Triple S segera ke hadapan untuk bersalaman dengan Kak Ain.

Ho-ho-ho... Oh ya, sebelum itu Triple S minta maaf akan gaya tudung Triple S yang sangat menyakitkan mata! Pada mula seminar, gaya tudung semuanya cantik sahaja tetapi lama-kelamaan, faham-faham sahajalah...

Sempat jugalah berbual dengan Kak Ain. Erm... Triple S pun tak ingat apa yang Triple S bualkan. Rasanya Triple S lebih banyak tersenyum kerana tidak tahu apa yang ingin dikatakan. Kata Kak Ain, Kak Ain ingat kan Alyssa Sophia itu Triple S, sebab itu Kak Ain pandang Triple S! Kak Ain turut mendoakan agar Triple S berjaya menjadi novelis. Bukan Triple S seorang sahaja, tetapi semua yang turut hadir juga. :)

Sebelum Triple S melangkah mengambil barang-barang Triple S, Kak Ain sempat menepuk bahu Triple S dan berkata;

"Pembaca pun sudah sama tinggi dengan penulis!" - Kak Ain Maisarah
Triple S hanya mampu tersenyum. :) Sewaktu bersama dengan Nieya pun, Nieya ada berkata perkara yang hampir sama juga. 

"Tak sangka Sarah ni tinggi orangnya."
"Bila berjalan dengan Sarah, rasa seperti saya ni pendek!"
- Nieya

Oh, maafkan saya! Saya tak berniat ingin buat awak rasa begitu! >.<

Setelah beri segala barang yang patut diberikan kepada ayah dan ibu untuk disuruh pegang, Triple S minta izin untuk meminta autograf para penulis Blink. Alhamdulillah... Ibu dan ayah benarkan. :)

 Alhamdulillah... Tapi malangnya, autograf Abang Azanil Fitri dan Abang Fazla tidak sempat diambil. :( Tandatangan Abang Aman Wan juga tidak sempat diambil tetapi kebetulan, Triple S beli nomik Lawak Sekolah: Belajar Berkenalan ada tandatangan Abang Aman Wan! (Akan diupload kemudian)

Kak Eima Manan: Tahu tidak, dua kali Kak Eima tanyakan nama Triple S!

1. Semasa Kak Eima mengambil kertas feedback, Kak Eima sempat tanya Triple S;

"Siti Sarah Sophiakan?" - Kak Eima Manan
Triple S menganggukkan kepala. Terkejut! Dalam hati;

'Weyh! Kak Eima kenal aku kot!' - Triple S 

Bangga jangan cakaplah... Lebih tinggi dari Gunung Everest!

2. Semasa minta autograf Kak Eima. Sekali lagi Kak Eima tanyakan nama Triple S.

"Kak Eima ingat nama saya, eh?" - Triple S
"Mestilah... Kat Instagram tukan?" - Kak Eima Manan

Ho-ho-ho... Kak Eima kenal Triple S dari Instagram, okey!

Kak Izanor Sharif: Masa pergi minta autograf Kak Izanor, Kak Izanor sedang tandatangan orang lain punya. Dan tibalah masa Triple S...

"Siti Sarah diam je... Kak Izanor cari Siti Sarah tadi." - Kak Izanor Sharif 

Dalam hati Triple S: Aww... Terharunya... Kak Izanor cari aku, okey!

Kak Jumie Jain: Bila Triple S pergi dekat Kak Ju untuk minta autograf, Kak Ju perasan dan terus pegang tangan Triple S.

"Nanti kita tangkap gambar sama, okey?" - Kak Jumie Jain 

Triple S terus angguk! Triple S rasa seperti diri ini begitu istimewa. Ewah! Triple S tak sempat kata apa, terus Kak Jumie nak kami bergambar bersama! Sangat terharu, okey!

 Credit pic: Instagram Kak Jumie Jain (@jumiejain)

Kak Jumie pun perkara yang sama dengan Kak Ain. About my height. :3 Mungkin sesuai dijadikan tajuk novel. 'AKU MAHU TINGGI'. Muahahaahaha....

Tapikan... Tapikan... Triple S tak sempat bergambar dengan Kak Izanor, Kak Eima, Kak Hazira, Abang Aman Wan, Abang Fazla dan Abang Azanil! UWAAA!!! :( :'(

Tak apa, nanti Triple S selfie habis-habisan di PWTC nanti! (Yalah tu! :P )

Lupa pula mahu upload gambar yang lain...

1. Gaya tabik Kak Ain!
2. Pandang kanan!!!
3. Gwiyomi!
4. Formal





Triple S

Labels: , , , , , , , , , , , , ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...