TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Pergolakan
Entry updated on Thursday 26 November 2015
Entry got 0 comments | Fly to top :3


Entah bila
Semua ini
Akan berakhir

Akan berlanjutankah
Perkara ini?

Hmm...
Entahlah...
Aku bukannya wali
Yang mampu melihat masa hadapan
Aku tidak tahu
Apa yang bakal berjadi
Sedangpun terjadi

Sesaat lepas
Aku tertanya-tanya
Kenapa
Semua ini terjadi
Saat aku mula mendoakan
Hubungan ini kembali pulih
Hubungan ini berterusan
Hubungan ini tidak akan tergantung tidak bertali

Dalam masa satu saat
Aku sudah mendapat jawapannya

Ujian Allah...
Ujian Allah buat aku!
Ujian Allah buat kami!

Allahuakbar!
Allahuakbar!
Allahuakbar!

Ya Allah,
Ujian yang Engkau berikan ini
Sangat mendebarkan
Sangat mengerikan
Sangat menyedarkan

Perkara ini
Boleh dikatakan
Kali kedua ianya terjadi

Maafkan aku...
Sebab aku
Tidak rasa apa-apa mengenainya
Maafkan aku...
Hati aku
Mula sebal
Mula kebal
Mula kebas
Mula tepu
Dengan apa yang terjadi

Aku rasa bersalah
Di saat semua berdebar-debar
Menjalani ujian ini
Aku pula...
Boleh tidak berasa apa-apa?

Maafkan aku
Namun hati tidak dapat dikawal
Degupannya juga bukan aku yang mengawal
Apatah lagi mahu menetapkan
Rasa di hati ini

Labels:

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...