Aku suka macam mana dia bahagikan setiap orang dengan bahagian masing-masing. Tak hanya tertumpu kepada satu bahagian. Kita dapat lihat setiap bahagian dengan kepakaran yang berlainan. And I found it interesting on the obgyn part. Bukan selalu ada drama tunjuk pakar obgyn lagi-lagi pakarnya pula lelaki.
Airing date : September 21 - November 10 2020
Episodes : 16 (67 - 75 min/ep)
This one is gold. Mengenai pasangan suami isteri berumur 37 tahun dan mempunyai sepasang anak kembar (perempuan & lelaki). Perkahwinan mereka mula goyah apabila banyak kisah lama diungkit yang sekian lama dipendam. Sehari sebelum kes cerai mereka, si suami tiba-tiba bertukar menjadi muda. Dia mempunyai badan dan raut wajah yang sama sewaktu dia berumur 18 tahun. Dengan bantuan kawan baiknya, dia kembali ke sekolah dan berkawan dengan anak-anaknya. But of course, it's not as easy. Dia pun dapat peluang untuk kembali kepada passionnya untuk bermain bola keranjang.
I totally recommend this drama. Happy pun happy, lawak pun lawak (banyak juga comedy untuk dibalancekan dengan stres & sedih), kalau sedih memang banjirla! Everytime dia flashback waktu zaman anak-anak diorang kecil, memang sedih. Lebih kepada terharu sebenarnya. Nampak betapa sayangnya diorang terhadap anak-anak. Walaupun hidup susah, anak-anak tetap menjadi keutamaan. Sanggup pasangan suami isteri ni korbankan cita-cita dan impian masing-masing.
Aku kasi spoiler sikitlah. Do skip this part if you hate spoiler.
Si suami dah dapat chance untuk kembali ke pasukan bola keranjang, tapi dia korbankan impian dia bila dia tahu anak lelaki dia sakit. Dia lebih sanggup membanting tulang mencari punca pendapatan untuk rawat anak dia berbanding capai impian dia.
Allahu... Nak nangis pula rasa hahahha.
Drama ni actually diinspirasi daripada movie Hollywood. Kalau movie pemainnya ialah Zac Efron (uwuuu), version K-Drama pula dimainkan oleh Lee Do-hyun. Siapa yang pernah tengok Hotel Del Luna, mesti tahu Lee Do-hyun. Ex IU dalam drama tu~
Ini waktu anak perempuan dia tiba-tiba pengsan kat sekolah. Berlari dia bawa pergi hospital. Sama juga dengan keadaan waktu anak dia kecil. Sedih, beb!
P/S : No regret watching! Aku dah ulang 2 kali tengok 18 Again dengan adik-adik aku. Even adik aku yang tak minat nak layan any K-Drama pun boleh sangkut.
5. Start-Up
Airing date : October 17 - December 6 2020
Episodes : 16 (72 - 85 min/ep)
Last but not least!
Mana boleh tinggalkan drama Bae Suzy! Hehe...
Drama ni sangat membantu kepada sesiapa yang baru nak start business atau baru nak belajar. Banyak juga perkataan-perkataan baru yang aku belajar daripada drama ni. Bila aku jumpa perkataan tu dalam any subject aku belajar, eh! Terexcited... Hahaha, maklumlah dah faham maksudnya keke.
Kalau ada Bae Suzy & Nam Joo-hyuk, mestilah ada romance. Sweet and lawak-lawak gitu. Not too cringey yang buat aku rasa nak drop hahaha. Masih boleh tolerate ππ
Andddd, ramai terkena second lead syndrome dengan Kim Seon-ho ohhh~!
Alhamdulillah, aku terkecuali HAHAHA. Aku team Nam Joo-hyuk walaupun aku kesian kat Kim Seon-ho π
A simple background story for this drama -
Kim Seon-ho & Bae Suzy ada kenangan bersama waktu kecil dulu. Tapi melibatkan Nam Joo-hyuk tanpa lelaki tu sedar.
Bae Suzy & Kang Han-na merupakan adik beradik yang terpisah lepas ibu bapa mereka bercerai. Suzy tinggal dengan nenek diorang, Han-na pula dengan ibu mereka & ayah tiri.
Mereka semua kecuali Kim Seon-ho nak start business baru melalui menyertai satu program dekat Sandbox.
Kenapa Kim Seon-ho terkecuali? Sebab dia dah jadi businessman berjaya dah pun. Dan dia juga salah seorang mentor untuk program Sandbox tu.
_________________________________________
I guess sampai di sini sahajalah review aku. Aku akan sambung lagi next part sebab memang banyak gila drama aku layan. Belum lagi campur dengan 3 seasons Penthouse...
Allahu...
Dan drama yang aku mention di atas semuanya drama tahun lepas (2020).
By the way, the reason why aku dok guna nama pelakon instead of nama watak diorang - aku sendiri dah lupa nama watak-watak tu lol. And in my opinion, senang lagi aku guna nama sebenar diorang sebab nama-nama itu yang semua orang lebih kenal, kan?
Alright! See you guys in the next post!
Sorry kalau entah apa-apa je review aku ni.
Post a Comment
Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...