Hii... Geram betul aku dengan budak sekor ni. Selamba dia
je nak tiru apa yang aku buat? Dah nama kau macam tu, macam tulah! Tak payah
nak berdouble triple sangat! Boleh tak, dalam seumur hidup kau, jangan pernah
kau tiru orang lain?! Kalau aku kenal kau, ya lah juga! Ni, setakat kenal kat
Facebook dah bermacam-macam. Mentang-mentang kita sekolah lain-lain!
Anyway, aku lebih tua dari kau, kay! Kau puji novel pertama aku (TNS)
gila-gila. Kononnya, tak sabar nak baca cerpen aku pulak! Mesti meletup
debaboom! Pirah! Last-last, watak-watak novel aku tulah, kau tiru! Nasib baik
aku dapat kawal temperature marah aku. Kalau tak, confirm kau tak on sampai
mati! Aku dah buat caption banyak kemain kata, DILARANG MENIRU, MENCETAK ATAU APA-APA SAHAJA. DIMINTA HANYA BACA TANPA
ADA SEBARANG NIAT UNTUK MENCIPLAK.
Weyh, kau nak aku buat caption bebesar nak mampus ke bila setiap kali
ada orang enter blog aku, dia dan kau sekali baca benda tu sampai demam
seminggu? Setiap kali kau nak copy or anyone, caption tu akan keluar?!
Hiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii (macam tak boleh panjang lagi) Kau memang
rosakkan mood akulah! Aku dah disabled right click kat blog novel aku tapi
boleh pulak kau guna cara lain?! Memang tempah kubur sendiri kat sebelah kubur
Hang Tuah ni!
Aku paling pantang bila ada orang meniru + menciplak + anything pasal
novel aku. Kalau nak selitkan nama novel aku sekali tak apa. (Macam Heba) Hah... Kalau macam
tu, memang 100% hidung aku mengembang sampai mak gajah pun boleh masuk! Tapi
kalau 100% copy novel aku, jangan masuk Hospital Bahagia pula bila komputer or
laptop kau jahanam.
Ni, kau baca novel aku ni jangan kau nak meniru pula! Ke-ke tiba-tiba
idea kau datang kekan? :P Kalau aku tahu, hidup kau terbantutlah jawabnya!
Kalau bab meniru kerja sekolah dan seangkat dengannya, lantak kaulah!
Tapi!!!!!!!!!!! Bab ciplak novel aku ni, memang HARAM. HARAM kau tahu! HARAM!!!!!!!!!!!!!!!
Ce bayangkan, aku penat-penat perah idea untuk novel aku. Setahun sekali
aku buat novel bersiri Teratai tu dan kau pula dengan muka tak tahu malu tak
berfilter copy novel aku! Ya, kau untung sebab dapat pujian. Tapi, berbaloi ke
kalau itu hasil perahan otak jus idea orang lain? Dan orang lain tu, AKU! Kalau novel aku yang kau ciplak tu kau hantar kat mana-mana syarikat
dan diterbitkan, kau dapat royalti. And me? Terkontang-kanting hanya mampu
melihat kau dapat royalti yang lumayan. Weyh, aku boleh je nak laporkan kat
mana-mana. Aku boleh claim sebab manuskrip asal kat aku! Kau fikir, novel yang
aku post tu, manuskrip ori ke? Tak! It's only half from my manuskrip!
Lagipun, ce fikir. Sampai bila kau nak ciplak idea orang lain? Kalau
orang lain tu dapat tahu, contohnya aku, confirm tak nak sambung apa-apa dah.
Silap-silap, block terus! Tapi aku nak tengok dulu sejauh mana kau nak
meneruskan kerja HARAM kau tu.
Sedarlah sikit. Kau tu budak bawah umur! Baru darjah berapakan? Ya, aku
tahu. Aku pun masih bawah umur tapi aku lebih tua dari kau, dapat berfikir
secara 'SEDAR'. Aku bukan nak gunakuasaku sebagai seorang yang lebih tua
dari kau tapi aku nak kau tahu perkara ni! Budak sekolah menengah macam aku ni,
hari-hari cikgu bagi kerja berlambak setinggi KLCC entah-entah boleh kalah
KLCC! Tapi dalam masa yang sama, aku still fikir dan boleh dapat idea mengenai
novel aku. Kau banyak kerja sangat ke sampai nak menciplak idea orang? Aku dah
nak mati buat kerja Math pun boleh dapat idea novel aku, yang kau sampai ciplak
idea orang tu apesal?
Kau nak tiru kerja Math aku? Entah betul entah tak. Entah kau faham ke
tak. Hah, meh sini aku bagi tiru. Boleh bagi contoh bila kau masuk form 3
nantikan? Tapi, satu je aku minta. JANGAN CIPLAK IDEA
& NOVEL AKU. Aku sanggup merayu keluar air mata darah tapi jangan ciplak! (okey,
tipu. Gila apa nak menangis air mata darah! Hidung berdarah pun pernah! Belajar
Science pasal darah pun dah bergoyang kepala lutut lagi nak menangis air mata
darah. :3 )
Setahu aku, ramai gila benci kau. Diorang kata, kau gila
kuasa. Berlagak pandai. Macam-macam lagilah! Dan kau tahu apa? Semua yang
complaint tu orang yang lebih tua dari kau! Mula-mula, aku tak setuju dengan
diorang sebab bagi aku, kau okey je. Baik je. Sekarang, aku menyesal cakap macam tu.
P/S: Sorry guna kau-aku. Triple S memang betul-betul geram ni! Ikutkan, tak
habis lagi ni luah perasaan. Mahu sampai jahanam laptop ibu. :3
Triple S
uish! siapa ni? style cam nak bakar org je
Tak payah bakar. BBQ terus. T.T
Post a Comment
Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...