TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Sinopsis Belum Buat!!!
Entry updated on Monday 14 April 2014
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Ahhh! Sinopsis dua mukasurat yang perlu disiapkan belum buat pun lagi! Sebenarnya, sudah siap tapi Abang Alam suruh edit/buat yang lain sebab banyak juga kesalahan berdasarkan komen Abang Alam. :3 Bukan senang untuk menjadi novelis ini rupanya...

Seminar hari itu, 1 Mac dan sekarang sudah 14 April. Lebih sebulan tapi tetap tak mula apa pun. Help me? *kelip-kelip mata, buat muka comel*  Okey, abaikan. Triple S tahu, kalau Triple S buat seperti itu, betul-betul, bukan pertolongan yang dipinta Triple S dapat tetapi penampar Jepun yang Triple S 'makan'. T_T

Kerja sekolah tak banyak hari ini jadi Triple S 'curi' masa petang ini untuk online dan edit, buat apa yang patut. (selain kerja sekolah >.< )

Uwaaaa *jerit/menangis balik* Nak kena 'bedah' manuskrip 1 Teratai dan novel-novel Kak Ain pula! Ya Allah, tolonglah hambamu yang tersepit ini. Huhu... Banyak betul kerja nak kena buat. (gaya seperti mengalahkan ibu bapa kita yang penat bekerja untuk mencari rezeki) Cari rezeki juga apa yang Triple S buat inikan? Cari rezeki sebagai novelis! >.< (okey, perasan. Sejak bila Triple S jadi novelis? T.T Ya Allah, realisasikanlah impianku ini... Aminn...)

Buat masa ini, alhamdulillah... Triple S masih mampu membahagikan masa belajar dan lapang. Masa nak edit dan karang novel yang tidak pasti akan diterima dan diterbitkan atau tidak.

Back to the topic, hmm... Buat masa ini, Tuan Syaizul Amal sendiri kata jangan dan TIDAK boleh ganggu penulis BLINK kerana semuanya sedang sibuk menguruskan persiapan dan edit segalanya manuskrip/novel yang akan diterbitkan pesta buku ini. Bila Tuan Syaizul kata begitu, barulah Triple S tahu dan faham mengapa Kak Ain tidak balas mesej Triple S di Facebook. Tapi tak apa, Triple S sudah dapat jawapannya dari Abang Alam. >.<

Kak Ain juga meminta maaf kerana tidak dapat membalas sebarang mesej. Triple S tahu ini pun melalui status Kak Ain. Tak apa, Kak Ain. Kembar namamu (Sarah) ini amat memahami. >.<

Oh yeah! Talking about name. Triple S baru ingat, Triple S sudah tukar nama pena semenjak pergi ke seminar dulu. ^_^ Jika sebelum ini, Triple S pening memikirkan nama pena (jawatan novelis pun belum mampu digapai, sudah memikirkan nama pena T_T ) sekarang tidak lagi! (ewah! Gaya kanak-kanak Ribena gitu >.< ) Sebelum ini, pening punya pening, fikir punya fikir, Triple S ambil keputusan letak nama pena, nama penuh Triple S. SITI SARAH SOPHIA.

Tetapi selepas pergi seminar, menurut Kak Ain, dua patah perkataan sahaja. Tanpa membuang masa, Triple S terus ada dua perkataan dalam kepala untuk dijadikan nama pena. Buang SITI dan jadilah nama pena Triple S...

SARAH SOPHIA

Hah, kau. Over je nak blockquote dan tengahkan nama pena. >.<

Eh, panjang pula entri kali ini. (mengada, padahal sebelum ini ada yang lagi panjang T_T ) Bahu Triple S pun dah sakit (apa kena mengena. Taip guna jari. Paling ya pun tangan digerakkan) Sampai di sini sahaja... Sampai ketemu lagi di entri akan datang. ^_^

Tata~!

Triple S 

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...