TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Hadiah Hari Raya
Entry updated on Wednesday 23 July 2014
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Oh my! Oh my! I'm too excited you guys! Haha.

Kebiasaannya, orang akan beri duit raya, kuih raya dan semuanya berkaitan raya. Kan? Tapi cikgu KRS Triple S ni, Ya Allah! She's so kind! She owns an instashop yang jual shawl etc. (Triple S tak pernah visit lagi instashop dia but memang adalah. Itu apa yang Triple S dengar dari kakak-kakak senioer) Okey, before Triple S cerita dengan penuh keterujaan dan terus tunggang terbalik cerita nanti, biarlah Triple S cerita seelok-eloknya dari permulaannya. :P

Pukul 12.30 tengah hari, sekolah tamat. Baliklahkan? Triple S dan Ilya jalan turun ke bawah dan menuju ke surau sebab kami letak beg sekolah di luar surau (kami ingatkan waktu Seni di bilik Seni tapi kali ni di kelas) Masa di depan koperasi (lagi beberapa meter sampai surau) ada seorang kakak senior ni, nak tahu nama dia?

Ainin Sofiya

Hah kau. Agak Kak Sofiya bangga tak Triple S selitkan nama dia dalam entri kali ni. Siap blockquote lagi! Haha.

Okay, back to the story. Dari depan bilik ustazah (sebelah surau) lagi Kak Sofiya dah panggil.

"Sarah! Sarah!" panggil Ainin Sofiya sambil melambaikan tangannya ke arah Triple S menandakan dia mahu Triple S mendekatinya sekaligus mengikutinya. Hah, hilang pula 'Sophia'. Dulu, Kak Sofiya panggil Triple S, 'Sarah Sophia'.

Mula-mula memang tak perasan tapi bila pandang depan, dengarlah Kak Sofiya terjerit-jerit. Cewah. Macam Kak Sofiya tu terhegeh-hegeh sangat dengan Triple S! >.< Haha

Triple S mulalah merungut.

"Alah! Takkan ada KRS kot?! Ustazah kata semalam tiada?! Malas betul aku!" Buat pengetahuan, ustazah kami guru penasihat KRS. Dan Triple S merungut kerana fikir Kak Sofiya panggil Triple S kerana mahu Triple S tolong dia buat sesuatu untuk aktiviti KRS. Sudahlah tidak pakai uniform KRS!

Sampai depan bilik ustazah, Kak Liyana (another senior) panggil dari dalam bilik ustazah - betul-betul di hadapan pintu! Ini kerana, para senior sedang menolong ustazah apa yang perlu untuk majlis berbuka puasa esok (Khamis)

"Sarah, Sarah pergi. Ilya duduk jangan pergi." kata Kak Liyana dengan reaksi seolah-olah menghalau Triple S dan mahu menarik Ilya.

Triple S pun sengaja melengahkan masa di situ. Tanya macam-macam. Kenapa? Ada apa? Entah bagaimana, tiba-tiba Triple S dan Ilya menyambung perjalanan kami ke surau. Masa itulah, Kak Sofiya datang sambil memegang satu beg plastik transparent menujukan kepada Triple S. Dalam kepala Triple S fikir, oh, mungkin itu baju 'khas' KRS yang pernah Triple S bayar. Punyalah teruja nak dapatkan 'baju' tu, laju saja pergi kepada Kak Sofiya. Padahal, tadi macam nak lari dari dia. (Teruk tak Triple S? :P )

Bila dekat sahaja, Kak Sofiya kata...

"Ini dari Puan Emily (guru penasihat KRS) untuk hadiah hari raya bla bla bla..."

Triple S tak ingat ayat seterusnya. I was like, seriously?! It's shocking you know?! Punyalah speechless, ambil bungkusan tu perlahan-lahan (cewah) dan dengan terharunya Triple S cakap, thank you... Nada terharu okey. Haha. Yang bengongnya, Triple S pergi cakap pada Kak Sofiya tu buat apa? Cakaplah pada Puan Emily! Say thanks to her! Otak masa tu memang blank. Terharu nak mati. Ilya yang ada di sebelah kiri Triple S cakap,

"Memang next year aku masuk KRS!"

Habis semua bantai gelak! Hahahah!

P/S: Thanks a lot, Puan Emily. :') Ini pertama kali dapat hadiah dari cikgu. Hadiah hari raya pula tu! Oh ya, Triple S malas mahu tangkap gambar dan upload ke sini. Jadi, kalau nak gambar, rajin-rajinkanlah diri melawat akaun Instagram Triple S - @sarahsophiaaa_ Memang gambar semua akan diupload di Instagram sahaja. :)

Triple S

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...