TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Sleepover at Sarah Erieana's House! Part 2
Entry updated on Tuesday 22 July 2014
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Over je kaukan nak ber part 2 bagai. Haha... Lantak Triple Slah. Blog Triple Skan? Haha.

Okey, jom sambung cerita semalam!

Sewaktu Triple S tanya Ilya fasal lepas Triple S tidur itu, kami sedang menuruni tangga - menuju ke meja makan untuk bersahur. Masa turun tangga tu, tidak perlulah Triple S cerita apa yang kami lalui. Cewah haha. Macam rahsia sangat jekan. Padahal... jeng jeng jeng! Hahaha. Mulalah Triple S nak membengongkan diri di sini.

Sampai di meja makan, apa lagi, duduklah! Sarah dan Kaisah memang sudah sedia ada di meja makan. Kemudian, Aufa sertai kami. Masing-masing terus ambil pinggan dan mula mencedok nasi goreng yang nampak sedap nak mati tu! (alamak. Laparlah pula... T_T ) Triple S cedok (eh, betul ke perkataan ni yang digunakan? o.O ) setengah senduk sahaja. (Triple S dah turun 3kg sepanjang bulan Ramadhan. Mampus BMI aku... Dahlah BMI tak normal... T_T ) Sikit tak sikit, agaklah. Jam tangan yang Triple S pakai, sampai lengan pun boleh dah kot.

Punyalah berselera nak makan untuk sahur, sekali masuk mulut. Mampus! Pedasss! Triple S memang tak makan pedas. Atau lebih tepat, tak boleh makan pedas. Nanti mulalah perut meragam. (Triple S memang ikut belah ibu. Triple S sama dengan nenek. Kalau pedas, memang itulah jadinya. Tapi ibu rilek je makan pedas) Nak air! Jerit dalam hati jelah mampu. Ala-ala jeritan batinku gitu. Haha. Ambil cawan (amboi, berukir cantik ahah) lepas tu ambil teko, tanya Sarah, air apa? Sarah kata, air teh O. Ah, sudah. Dahlah pedas, minum pula air panas. Lantak pilah! Boleh hilangkan pedas juga. Bila dah minum air teh itulah, pembantu rumah Sarah datang bawa air sejuk. I was like, what...??? Pasrah jelah Triple S oiii!

Punyalah berpeluh nak habiskan nasi separuh senduk tu. Gelabah nak habiskan cepat dengan tahan pedas sebab kawan semua dah habis makan. Untuk kurangkan pedas lagi, Triple S ambil separuh keping (ada ke perkataan tu) roti telur (hmm sedap!) dan kunyah sedikit demi sedikit. Nikmat haha. Dah dah, puasa ni.

Lepas tu, naik atas - bilik. Buat apa yang patut, sambung tidur. Daripada Ilya yang tidur sebelah Farisha, pindah ke sebelah Triple S sebab Farisha dah kongker (taram eja) tempat tidur. So, Triple S di antara Aufa (sebelah kiri Triple S) dan Ilya (sebelah kanan Triple S). Semua sambung tidur.

Orang pertama sekali yang bangun Ilya, Triple S kedua. Sarah kata bangun pukul 9.30 tapi kami bangun awal lagi. Mandi, bersiap. Sementara tunggu semua bangun, Ilya dan Sarah layan video Mat Lufti (lawak nak mati) di YouTube. Farisha dah bangun dan pergi mandi.

Bla bla bla.

Kami lepak di ruang tamu tingkat 2 lalu turun ke ruang tamu di bahagian bawah - teman Farisha nak tengok TV. Layanlah kartun. Haha. Macam budak-budak tak? Lepas tu, Farisha minta Haikal - adik Sarah tukar channel dan Haikal buka setting apa entah masuk bahagian library dan bermulalah drama Oh My English! Hahaha... Lepas tu, Farisha sekali lagi kongker TV. Haha. Tapi kali ni, Triple S setuju. >.< Farisha buka benda yang sama dengan Haikal buka dan bertayanglah rancangan Roommate. Fake couple project, Park Bom dan seorang lelaki ni. Bla bla bla. Syok pula layan.

Tiba-tiba semua naik bilik. Macam gempak je tiba-tibakan. Sebenarnya, Kaisah kata, Edrie akan hantar kami ke sekolah pada pukul 2.30 p.m. Sebab tu semua naik. Last-last, semua lepak di bilik je. Kali ni, Edrie sampai awal. Malangnya, Sarah tak dapat ikut untuk hantar kami. Dalam perjalanan tu, dapatlah dengar perbualan Edrie dan Aufa - talking about Mickeymitez - one of cheer team at DJ. Last year, Edrie kapten dan bla bla bla. Rahsia dibongkarkan. Semua terkejut dan tak puas hati.

Akhirnya, sampai sekolah. Aufa dan Ilya mula-mula dihantar di 7Eleven. Triple S, Farisha dan Kaisah di sekolah. Tak perlulah cerita yang selepas tu, semua borak fasal Mickeymitez je. (cerita juga)

Balik rumah, salam ibu, lepak di bilik ibu. Lepas tu, masuk bilik sendiri - tidur. Penat!

Tamat~

P/S: Ikutkan, panjang lagi. Tapi dah nak balik. Bila fikir balik, ibu bertugas minggu ni dan balik pukul 6.00 p.m. Ah lantaklah. Nak layan Mat Lutfi dulu. Chow. Haha

Triple S

Labels: , , ,

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...