TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Cuti Sekolah: Kampung : Kelantan : Adik?
Entry updated on Friday 20 December 2013
Entry got 0 comments | Fly to top :3


Tajuk kali ini seperti melampau panjangnya bukan? Eecece... Ngada lebih. :P
Lama tak buat entri baru. Rindu pula rasanya... Erk. Kemengadaan melanda. :3 Serius, dalam kepala otak ni, dah rancang, banyak nak buat entri! Tapi, bila on blog saja, semua tu bagaikan hilang. Ke mana semua idea dan cerita itu pergi? Masuk liang lahad? o.O

Baiklah, kembali pada topik asal. ADIK? Ini kisah (cewah) di kampung Triple S. Di Kelantan. (sebelah ibu)

Ibu Triple S ada 12 orang adik beradik. Ibu Triple S anak kesembilan. (lain benor dengan Triple S yang anak sulung ni) Ibu Triple S boleh dikira sebagai anak perempuan bongsu sebab selepas itu, semuanya lelaki! Masa tu, keluarga kami saja yang balik kampung. Di kampung, ada nenek, keluarga Su E (adik bongsu ibu) tinggal sekali dengan nenek dan Mummy (kakak ibu) sebagai jiran. Atuk sudah lama tiada. Sebelum ibu kahwin lagi. Walinya, Ayah Ngah, abang sulung ibu.

Ada satu hari tu, ibu dan nenek jemput Mok Moh, tukang urut untuk urut nenek dan ibu. (nama pun tukang urut daa... -_- ) Mereka mengurut di bahagian dapur. (ruang dapur besar okey. Ada tempat mahu berehat juga. Mereka buat di situ.)

Sedang mengurut ibu, Su E lalu untuk letak barang di bahagian luar dapur (tempat untuk menyiang ikan dan keperluan basah) Sebelum Su E letak barang tu, Su E sempat tanya nenek.

 "Mok nok ngurut juga koh?" Lebih kurang macam tulah. (ambo dok reti kecek klate sangat!)
"Ho... Nok tunggu adik siap dulu..." itulah jawapan nenek.

Triple S dan Su E pelik. Triple S waktu itu ada di dapur juga (mestilah ada. Kalau tak, bagaimana Triple S tahu -_- ) kerana mahu minum air.

"Huh? Adik mano pulok?" Su E kata.

Triple S dah lepas ketawa! Su E anak bongsu! Nak ada adik mana lagi?! Hahahahaha. Sampai sekarang, bila Triple S ingat, confirm ketawa!

Okey, tak apa. Triple S faham kalau korang tak ketawa atau tak gelak. Triple S tak tahu bagaimana mahu jadikan ianya REAL dan korang faham.

Triple S

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...