TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Balik Kampung
Entry updated on Tuesday, 24 December 2013
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Tajuk cam gempak je kan? BALIK KAMPUNG! Siapa tak happy nak balik kampungkan? Kecuali jika seseorang tu tidak suka keadaan di kampung. Kampungkan banyak nyamuk, banyak kekurangan. Rumah pun rumah kayu... Kan? Tapi ada kampung yang moden apa.

Triple S pun tak suka kampung tapi suka. Hah... Pelik? Pening? Suka hati koranglah. HAHAHAHA (gelak jahat berleluasa) Maksud Triple S, Triple S tak suka kampung di sebelah ayah iaitu di Melaka tapi Triple S suk kampung di sebelah ibu di Kelantan. Sebabnya? Bukannya Triple S tak suka sangat dengan Melaka tapi family belah ayah makes me hate them, you know? Ah... How I wish I hope you understand what I mean.
Keluarga belah ayah jenis yang... you know... Hish! Susahnya nak terang! Triple S tiga beradik pernah tinggal di Melaka selama setahun (not exactly one year) pada tahun 2007. When I'm standard 2. Serious I say, I hate it! You know, berjauhan dengan ibu dan ayah. Setiap kali ibu dan ayah datang jenguk, wah! We're so happy! Tapi bila tiba hari ibu dan ayah nak balik dan tinggalkan kitorang, serius Triple S cakap. Kami menangis! Cuba bayangkan, anak berpisah dengan ibu bapanya. That's what I felt. And now, for your information, semasa sedang menaip ni pun, I'm crying tapi kena cover-coverlah. Kat ruang tamu ni. Tak fasal-fasal, lain pula yang family Triple S fikir. Kat sana, pak cik Triple S asyik guna barang Triple S. Hey, I'm just a kid that time! Nokia capuk Triple S pun nak guna?! Mak cik? Okeylah... Always bawak keluar jalan-jalan but tak berapa nak suka juga sebab suka marah-marah. Adik-adik Triple S selalu kena. Disebabkan masa tu Triple S masih kecil dan tak berani nak melawan, Triple S diam je. Lagipun, tak baik melawankan? But, siapa tak sakit hati adik disakiti?! Hel-lo~! I'm crying okay?!

Tutup buku tu. Buka buku baru. Kelantan pula. I love Kelantan more because uncles dan unties semua baik. Yeah, I know. Mana ada yang jahat but itu semuakan tanggapan Triple S masa kecil? Budak kecil nampak lebih dari. Ececeh. Perasan pula. :P Pak cik, mak cik kat Kelantan lagi best. Disebabkan ibu Triple S ada 12 orang adik beradik, adik-adik mestilah muda lagikan? But paling muda pun berapa je... Kat Kelantan, Triple S rapat dengan Wawa, my cousin sister. Beza enam tahun je. (cewah. Gaya macam tak jauh sangat. :P ) Dengan Kak Nik pun Triple S rapat. Kak Nik also my cousin sister. Kakak kepada Wawa. :) Rapat dengan mummy, Kak Nik dan Wawa's mummy. Mummy kakak kepada ibu. Rumah mummy bukan jauh pun. Sebelah rumah nenek je. Serius, Triple S rindu masa kecil-kecil dulu! Masa balik raya hari tu, balik Kelantanlah. Triple S ingat lagi, Triple S suka pergi rumah mummy sebab nak main dengan Kak Nik dan Wawa. Mereka selalu juga mekapkan Triple S. (Actually, I asked for it. :P )

Okay, done talking about this. Dah keluar topik. :P Actually, Triple S nak cerita fasal balik kampung hari tu. Entah macam mana, boleh pula terkeluar topik. :P Nak mengimbas kembali masa kecil-kecil dulu, lain entri. Anyway, Triple S tahu, no one will read this. But, like I care! :P

Ikutkan, rancang nak balik kampung seminggu tapi jadi 4 hari sebab tanpa dirancang, ibu order bilik kat Hotel Seri Malaysia, Kuala Terengganu, Terengganu. Bercuti pula di Terengganu selama 3 hari. :3 Sehari dua kat sana, okey fine. Bolehlah... Hari kedua paling best sebab dapat pergi macam-macam tempat! Masjid Kristal, Taman Tamadun Islam, Muzium (tak ingat apa nama. Ada simpan tiket tapi malas mahu ambil kat bilik. :P ) Ibu kata,

"Ibu tak kisah korang penat ke apa ke. Apa yang penting, kita mesti lawat semua tempat!"
Ya, ya ibu. Serius, bersemangat gila nak pergi! Tapi, kata-kata hanya tinggal kata-kata. Bukit Puteri dan beberapa tempat lagi tak pergi! WAH!!! Meraung macam orang gila tapi dalam hati jelah. :3 Ikutkan, memang boleh. Tapi hari terakhir tu, hujan lebat bukan main! Wargh!!! Uhuk. Uhuk. :'( Tiada rezeki untuk ke Bukit Puteri.

Then, baliklah ke kampung. Dan ayat klise bagi Triple S kedengaran lagi di kampung.
"Hush! Anak dara ni lagi tinggi dari kita. Kalah dah kita." - Su E. Cik Su kat belakang Su E sengih je. Triple S? Senyum jelah. Ayat klise...
Tinggi Triple S? Tak sure tapi last check, 163 cm. Baru 14 tahun :3 Tapi leklah... Triple S okey lagi. Sepupu Triple S (belah Melaka) sebaya dengan Triple S tinggi dia 182 cm! Ce bayangkan! Tiang pun kalah rasanya! Entah campuran darah apalah ayah Triple S ni. Ibu kata, Bugis tapi tak tahulah nak caya ke tak. Bila tanya sekali lagi, ibu buat bodoh. Selalu macam tu! Ibu selalu kata,

"Pia janganlah tinggi sangat! Nanti susah dapat suami. Tengok mak cik, dapat suami lagi pendek dari dia."
Triple S? Sabo jelah... Terasa juga. Tak nak dapat suami pendek! (Eh eh Triple S ni baru 14 tahun kot! :P ) Cerita fasal ni, teringat kejadian 3 tahun lepas.

3 tahun lepas...

Mak cik nak kahwin and I'm the flower girl with my cousin, Nurul Izzah. Ayah ready ambil ukuran badan Triple S. Nak order baju kurung flower girllah katakan... Tema, hitam putih. (Dah macam tahi cicak pun ada. :P :3 ) Triple S balik kampung ke Melaka naik kereta api dari Kelantan. Kenapa dari Kelantan? Entah. Tak ingat. Ayah je yang tak ikut sebab ayah kerja kat Selangor lagi masa tu. Tak ikut pun kitorang gi balik Kelantan. Ada banyak kerja. Dari stesen kereta api kat Melaka, umi (kakak kepada ayah) ambil kitorang.
Sampai rumah mak (mak kepada ayah. That's mean my grandmom. Jangan tanya kenapa panggil mak. Next entry maybe) terus umi bagi baju suruh try. Beberapa hari lagi mak cik dah nak kahwin. Triple S trylah. Dah siap pakai, tunjuk kat umi. Tahu apa umi kata? Serius ayat dia kot!
"Kau ni tinggi sangatlah Pia. Senang cerita, aku kahwinkan kau dengan Syafiq." - Umi.
Amboi! Triple S terkedu habislah! Masa tu baru darjah lima kot! Kahwin dengan Abang Syafiq? Tak masuk dek akal. Memanglah kitorang rapat tapi itupun sebab Abang Syafiq abang sepupu Triple S! Abang Syafiq dah macam abang Triple S sendiri.

Anyway, tutup kesemua buku. Itu kisah masa Triple S darjah lima. 10 Disember 2010. Cehh. Ingat tarikh kot! Tarikh kahwin mak cik.

P/S: Tiba-tiba rajin buat entri panjang gini. Tak pernah-pernah lagi! Buat entri rajin tapi novel comel tak siap lagi! :3

Triple S

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...