TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Perbezaan Kami 3 Beradik Atas
Entry updated on Wednesday 25 December 2013
Entry got 1 comments | Fly to top :3

Hari tu balik kampung, tengah tengok TV. Triple S duduk atas sofa. Nenek kat sebelah kiri Triple S. Udin (adik lelaki kedua Triple S. Anak ketiga) duduk kat lantai. Dia main laptop. Depan nenek. Ibu pula baring atas toto depan TV sama dengan depan Triple S. (Ceh. Kena bagitau tempat dulu. >.< ) So that's mean, Triple S seperti tersepit antara nenek dan ibu. Lantaklah macam mana korang nak bayangkan. :3

Sambil ibu dan nenek tengok TV, diorang berbual juga. Nenek tanya fasal kitorang. (3 beradik atas. That is me, Aiman and Udin) Triple S tak ingat soalannya.

"Nampak je Aiman tu kasar tapi dalam dia lembut." - Ibu.

Nenek gelak. Dalam hati Triple S, 'Yup. Betul tu.' Mulalah kepala Triple S mengimbas 'kelembutan' Aiman. >.<

Nenek tanya fasal Triple S dan Udin pula.

"Pia dengan Udin ni nampak lembut kat luar tapi kasar!" - Ibu. 

 Sekali lagi, nenek gelak. Triple S? Triple S sengih je... Hehe... Tapi memang betul pun. Nampak je luar Triple S ni lembutkan? Tapi hati Triple S ni keras. Kalau Triple S kata nak buat tu, Triple S akan buat. Contohnya, masa Triple S warning Ana and Syira (adik) untuk jangan bising kalau tak Triple S pukul. (I know... Triple S terukkan? Pukul adik. Tapi itu dulu punya kisah. :P ) Dia tetap bising. Sekali, hah! Amik kau! Best?! Melalak diorang! >.< Sekarang ni pun, bila teringat, rasa puas! >.<

Udin pun sama. Nampak je kat luar ni kelememer, lembik, lembab dan sebagainya... (mengutuk adik sendiri bukan main! >.< ) Tapi kalau sekali Aiman tiba-tiba hempuk dia, jangan tanya. Dia kerjakan abang dia cukup-cukup! Ibu tak marah tapi ibu gelak sebab abang kalah dengan adik! Tapi ibu ada jugalah tegur sikit. Takkan nak gelak tengok adik belasah abang.

So, yeah. Mungkin sebab tu Triple S lebih rapat dengan Udin berbanding Aiman. Triple S rapat juga dengan Aiman tapi bila di sekolah dan bercerita tentang sesuatu perkara sahaja. Aiman selalu berlagak! Nak belasah oranglah, apalah. Berangan lebih! Tapi baru kena debik dengan kawan Triple S, boleh banjir satu sekolah! Last-last, Triple S yang debikkan balik kawan Triple S tu. (lelaki) Cerita tahun 2008. :3

Triple S dan Udin jenis yang tak kisah fasal belasah membelasah ni. Kat rumah, kitorang layan diri je. Sama ada kitorang baca buku, main game dan layan Facebook dan blog je.

Biasanya, orang yang berlagak ni orang yang tak boleh pakai. Setuju sesangat! Aiman lah tu... :3 :P

P/S: Tak sesuai tajuk entri ni. Triple S dan Udin lebih banyak persamaan. Aiman yang berbeza dari kami.

Triple S
Blogger Delaila Delyana said...

Teringin nak tengok gambar diorang, Nurul dah cari tapi tak jumpa >_<

 

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...