Saya dan Nina kenal pada tahun 2012
tetapi kami tidak begitu rapat. Jarang bercakap dan tempat duduk pun selang
sebaris. Saya duduk di hadapan dan Nina dibelakang.
Tahun ini,
tahun 2013, saya dan Nina mula rapat. Kami mula rapat bila salah seorang rakan
sekelas saya yang bernama Farhana terseliuh kaki dan kelas asal kami yang
berada di tingkat empat iaitu tingkat atas sekali diletakkan di tingkat bawah
sekali. Apabila kedudukan kelas bertukar, dengan automatiknya, ramai yang
menukar tempat duduk termasuk saya dan Nina.
Saya masih
ingat, pada waktu kelas kami ditukarkan, Nina tidak hadir. Saya fikir, saya
mahu duduk di tempat asal saya tetapi Erieana dan Ilya menyarankan saya duduk
di sebelah kiri mereka.
Pada esok
hari, Nina datang dan kami suruh Nina duduk di sebelah kiri saya. Bermula pada
hari itu, tiada kebisuan di antara kami. Setiap hari, ada sahaja cerita yang
kami kongsikan. Tidak kira drama di kaca televisyen, hal keluarga dan banyak
lagi, kami kongsikan bersama.
Sebelum
kami mula rapat, saya memang sudah tahu bahawa Nina akan berpindah tetapi tidak
tahu bila. Waktu itu, saya tak rasa apa-apa lagi kerana kami masih belum rapat.
Bila kami mula rapat dan Nina kata, minggu pertama bulan September Nina akan
berpindah, saya ada rasa yang kurang enak. Saya rasa kosong. Saya rasa tak
sanggup ingin hadapinya. Ada lagi dua minggu sebelum Nina pindah. Pada waktu
itu, saya berharap agar masa diperlahankan supaya saya ada waktu untuk bersama
Nina.
Dua minggu
kemudian, Nina kata, dia tidak pasti bila dia akan berpindah tapi yang pasti
dalam masa terdekat. Saya amat bersyukur waktu itu!
Seminggu
selepas itu, Nina kata, hari Jumaat adalah hari terakhirnya. Sekali lagi, saya
berharap agar masa diperlahankan.
Ilya,
Kaisah, Sakinah dan Farisha ingin pergi ke sekolah rendah mereka pada hari
Jumaat untuk kali terakhir yang Nina akan lawat. Saya yang tiada kena mengena
dengan sekolah rendah mereka, turut ikut serta kerana ianya ada kaitan dengan
Nina.
Nasib baik
waktu persekolahan kami ialah sesi petang. Kami pergi ke sekolah rendah mereka
pada waktu pagi. Pada waktu itu, Nina belum sampai. Ilya mengambil inisiatif
untuk menelefon Nina dan jawapannya…
“Maaf,
Ilya. Aku tak boleh pergi. Aku kena kemas barang untuk pindah rumah.”, saya
yang berada di sebelah Ilya dapat mendengarnya dan saya tidak percaya! Saya
soal banyak kali pada Ilya untuk meminta kepastian.
Jadi, kami
teruskan juga dengan jumpa dengan cikgu-cikgu sekolah rendah mereka. Berbual,
berkenal-kenalan dan bergurau senda. Selepas itu, kami duduk di kantin. Ilya,
Farisha, Kaisah dan Sakinah melayan murid-murid sekolah mereka yang mereka
kenal. Hanya saya, Farhana dan Chalyla yang tidak buat apa-apa kerana kami
bukan murid di sekolah itu.
Disebabkan
bosan, saya, Farhana dan Chalyla menangkap beberapa gambar menggunakan kamera
ayah saya untuk dibuatkan kenangan. Kami ada juga jumpa dengan adik Nina yang
bernama Raoul. Raoul sangat comel! Sama seperti kakaknya. Kami juga
berkenal-kenalan dengan adik Kaisah yang bernama Aiman dan Ainul. Adik Farisha
pula bernama Fadhil dan Fasha. Adik Ilya bernama, Umar. Umar juga sangat comel!
Sama seperti kakaknya. Mereka dua beradik ada lesung pipit.
Selepas
itu, kami duduk di hujung padang yang berdekatan dengan pagar. Kami menangkap
gambar dan membuat video istimewa untuk Nina. Di dalam video itu, Farisha
menangis. Saya pula tidak tahu nak cakap apa. Banyak gelak ketawa yang berlaku
waktu itu.
@@@@
Sekarang, waktu Pendidikan Islam.
Selepas itu, balik dan saya takut memikirkan waktu balik itu kerana di kelas
sebelumnya iaitu waktu Matematik, Nina ada tanya;
“Sarah,
awak rasa awak akan menangis tak? Saya rasa saya akan menangis.”
Waktu tu,
saya harap saya tidak akan menangis.
@@@@
Kami berpeluk-pelukan dan saling
meminta maaf. Kami harap moga kami dipanjangkan umur agar dapat bertemu lagi.
Saya?
Perkara yang saya cuba hindari, terjadi. Saya menangis!
Sebaik
sahaja selesai waktu Pendidikan Islam bersamaan dengan habis waktu
persekolahan, saya muram. Saya tak nak menangis! Saya kuatkan hati saya, tapi
kawan baik saya, Fatin, perasan.
Fatin pujuk
saya. “Sarah, awak okey? Sabar, okey?”
Saya
menganggukkan kepala saya. Saya kuatkan hati saya. Dalam hati, saya marahkan
Fatin kerana pujuk saya. Saya tidak boleh dipujuk, makin dipujuk, makin ‘hujan’
saya dibuatnya. Nak marah pun, tak boleh sebab hanya Nina yang tahu perkara
itu. Hanya Nina!
Air mata
saya mula menitik tetapi saya tersenyum. Saya tak nak nampak begitu sedih. Saya
kesat air mata saya menggunakan hujung tudung sekolah saya. Nina pun menangis
tapi air matanya tidak sempat menitik kerana dikesat terlebih dahulu.
Pada waktu
saya peluk Nina, saya boleh tahan air mata saya dari jatuh. Selepas itu, Fatin
pujuk saya sekali lagi. Apa lagi, ‘hujan’lah! Ini pertama kali saya menangis
begitu teruk.
Dalam
perjalanan keluar sekolah, Fatin masih setia memujuk saya. Fatin tahu, saya
rapat dengan Nina sejak kebelakangan ni. Saya cuba kata, “Saya okey.”, tapi tak
boleh. Saya menangis dan hanya mempu menganggukkan kepala saya apabila dipujuk
Fatin.
Sebaik
sampai rumah, saya ceritakan pada ibu saya dan terus masuk ke bilik dan
menangis lagi. Selepas tonton drama Kampung
Girl, saya turut menangis. Jalan ceritanya lawak tetapi saya menangis
kerana saya tiada kawan lagi untuk berkongsi cerita tentang drama itu. Saya dan
Nina minatkan drama itu.
Saya
rancang, ingin buat entri baru di blog saya tentang Nina tapi saya tak sanggup.
Saya tahu saya akan menangis lagi.
@@@@
Nina datang sekolah pada hari
Isnin! Ada sedikit masalah pada permohonan pindah sekolah itu. Saya bersyukur
sangat! Saya ingatkan, lambat lagilah Nina akan pindah tapi hari Jumaat itu,
hari terakhir Nina. Kali ini, Nina betul-betul pindah. Sekali lagi, Nina tanya
saya, adakah saya akan menangis?
Saya harap
tak.
Nina ada
bagi saya hadiah. Saya kata, sepatutnya saya yang beri tapi Nina hanya
tersenyum. Saya rasa bersalah sangat!
Pada waktu
balik, saya bayangkan seperti minggu lepas. Kami berpelukan dan saling meminta
maaf tapi lain pula yang jadi. Nina lari!
Pada
esoknya, saya baca entri baru di blog Nina. Menurut Nina, Nina lari sebab tak
nak menangis. Saya terharu apabila membacanya.
Walau
apapun yang terjadi, Nina tetap kawan baik saya. Saya tak akan lupakan Nina dan
Nina juga sudah berjanji bahawa Nina tak akan lupakan saya. Nina ialah sahabat
dunia akhirat saya…
~Tamat~
P/S: Yup. Nina. Alaa... Nina Amiera tu. Yang Triple S buat entri pasal dia tu. (tak pasal-pasal) Cerpen ni dah lama Triple S nak jadikan entri di blog, tapi asyik terlupa je! So, yeah... This is it. LOL. Triple S pernah hantar cerpen ni untuk Pertandingan Cerpen BLINK yang dianjurkan oleh Kak Izanor tapi tak menang. Nasib baik! Kalau tak, memang tak boleh Triple S nak post di blog!
P/S #2: Blog ni untuk suka-suka je. My online diary. Tapi nampaknya, Triple S dah letak novel dan cerpen pula. :3 Tak kisahlah! Nak tunggu novel-novel Triple S kat Triple S & Novel tu tamat, tahun depan kot. :3
P/S #3: Nina, I hope you read this. :) (walaupun muka dah tebal setebal dua buah kamus dewan!) Enjoy! :P LOL.
Triple S
Post a Comment
Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...