The Normal Students - Epilog
Epilog
Kini,
segala penderitaan Ayana berakhir. Bukan lagi dengan berita gembira yang
mengatakan penyakitnya sudah hilang tetapi dengan berita paling menyayat hati
iaitu kematian. Itu sajalah cara untuk memadam segala penderitaan yang telah
Ayana lalui. Walaupun pembedahan pemindahan jantung berjaya dilakukan ke atas
Ayana pada umurnya 15 tahun, jika kematian yang tertulis buat Ayana, perkara
itu tetap akan terjadi.
Walaupun
Ayana sudah pergi meninggalkan dunia ini, sahabat handai, keluarga dan sesiapa
yang mengenali Ayana, tetap perlu meneruskan kehidupan mereka.
Daniel,
Syakira, Syafiq dan Miera tidak akan pernah melupakan Ayana walaupun mereka
sudah meningkat dewasa. Kesibukan seharian kerana bekerja dan menguruskan rumah
tangga tidak menghalang mereka untuk melawat kubur Ayana. Apa jua yang berlaku,
Ayana tetap sahabat mereka, Ayana tetap di hati mereka. Tidak aka nada perasaan
iri hati beraja di hati mereka untuk Ayana.
Tetapi,
mereka masih terkilan kerana Ayana meninggalkan mereka tanpa sempat menduduki
peperiksaan terbesar mereka iaitu SPM. Usaha dan penat lelah Ayana belajar,
tidak dapat dicurahkan di atas kertas-kertas peperiksaan SPM. Tetapi akhirnya,
mereka telah membuat keputusan yang bijak dengan melakukan segala kerja mereka
untuk Ayana. Kejayaan mereka, kejayaan Ayana juga.
~Tamat~
P/S: The same goes to this one. Huhu... :3
Triple S
Post a Comment
Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...