The Normal Students - Prolog
Prolog
"Tahniah!
Sakit jantung yang dihidapi oleh Cik Ayana, pulih semuanya! Pembedahan
pemindahan jantung itu memang sesuai dan ianya berfungsi dengan baik tanpa
sebarang komplikasi!”, dengan gembira, Doktor Nasuha mengucapkan kata-kata itu
kepada Dato’ Faiz dan Datin Wanda.
Dato’
Faiz dan Datin Wanda hilang kata-kata. “Alhamdulillah…”, ucap mereka berdua,
syukur.
“Setahu
saya, sudah 15 tahun Cik Ayana menghidapi sakit jantung itu, bukan?”, soal
Doktor Nasuha sambil membelek-belek fail kesihatan Ayana.
“Ya,
betul tu, doktor.”, Dato’ Faiz mengiakan kata-kata Doktor Nasuha. Tetapi, di
sudut hatinya yang paling dalam, Dato’ Faiz khuatir jika ada lagi perkara yang
belum diberitahu oleh Doktor Nasuha tentang kesihatan anak bongsunya.
Doktor
Nasuha memberikan senyuman. “Alhamdulillah… Allah memberikan Ayana peluang
untuk menikmati kehidupan seperti orang biasa. Tidak perlu lagi menelan
pelbagai jenis pil dan tidak ada lagi sebarang gangguan untuknya aktif dalam
aktiviti sekolah.”
Dato’
Faiz dan Datin Wanda tidak terucap rasa gembira mereka. Betapa bersyukurnya
mereka dengan khabar gembira itu. Mereka tidak perlu lagi risau jika apa-apa
akan terjadi kepada anak bongsu mereka kerana anak bongsu mereka boleh jadi
seperti remaja di luar sana tanpa sebarang gangguan kesihatan.
Itu
kata doktor, tapi kuasa Allah mengatasi segalanya. Ya, pembedahan itu berjaya
tetapi pasti ada dugaan lain yang akan menimpa.
P/S: Ini pun sama. :3
Triple S
Post a Comment
Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...