TRIPLE-S LINK STUFF TWITTER INSTAGRAM FACEBOOK FOLLOW BACK
Assalamualaikum!

Siti Sarah Sophia. Nothing much. Nothing special.

Tagboard!


My Post


Thanks Bear

Photobucket
Layout Designer
♥gadis Prety
Others:



Sekolah Akan Mula Beroperasi
Entry updated on Saturday 8 June 2013
Entry got 0 comments | Fly to top :3

Assalamualaikum dan salam sejahtera. :D

Hah! Awak semua sudah bersedia untuk ke sekolah? Hehe... Triple S rasa malas pula. Ops! Cikgu, maaf ya! >.<

Lusa sudah mula. Tak boleh ke kalau tambah lagi seminggu? Hikhik

Sekarang, memang kita (budak-budak sekolah) cakap, tak sabar nak habis sekolah! Nak masuk universiti atau kolej! Tapi sebenarnya, zaman sekolah paling best! Zaman sekolah yang tidak susah! Hanya perlu buat homework. Bila sudah masuk universiti atau kolej nanti, lagi susah! Kena buat paperwork lah, apalah... *hehe... Macamlah diri ini sudah masuk ke alam itu! >.<*

Ada juga yang mahu bekerja! Tahu tak bahawa kerjalah yang paling susah? Dah besarkan, kenalah tanggung diri sendiri! Masa kecil, ibu bapa yang tanggung kita, dah besar, tanggunglah sendiri! *eh? Sudah keluar topik, ek?*

Masuk topik utama balik, ek...

Sudah sedia untuk mula bersekolah lusa? Setelah dua minggu cuti. Triple S memang rasa tak seronok bila dah nak start sekolah. Bukan sebab homework tak siap je! Hehe... Tapi 'virus' malas untuk bersekolah masih ada.

Tapi bila difikir-fikirkan balik. Tak sabarnya nak mula sekolah setelah dua minggu bercuti! Boleh jumpa kawan-kawan. *juga musuh! Grr...*
Boleh kena marah dengan cikgu bila buat silap. *hehe*
Boleh rehat dengan kawan-kawan.
Boleh gaduh. *hehe*
Macam-macam lagilah!

Hehe... Sejak ada blog ni, rajin pula untuk post macam-macam. Maklumlah, budak jakun. Hehe... Tak pe. Nanti, tunggulah. Confirm lepas ni, jarang ataupun langsung tak post apa-apa disebabkan selepas ini akan mula sekolah. Pasti banyak homework. Lepas tu, internet pula dah tamat. Huhu... Tak apa. Nanti, ada masa, bolehlah post berapa banyak pun yang Triple S nak! Hehe...

Okeylah. Sampai di sini sahaja. Bye. Assalamualaikum. :D

Triple S

Post a Comment

Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...