Tiada Rezeki...
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Pada post kedua saya ini. Saya ingin beritahu sedikit, saya tiada rezeki. Rezeki apa? Tiada duit? Tak dapat makan? Atau...???
Saya tiada rezeki untuk mendapat sebarang tempat dalam Pertandingan Menulis Cerpen: AKU SEORANG SUPERHERO. Hmm... Bukan rezeki saya. Nak buat bagaimana lagikan? Tak apa. Ada banyak lagi pertandingan yang memberi harapan!
Pertandingan Menulis Cerpen: AKU MAHU... *tarikh akhirnya pada 9 Jun, Ahad ini*
Pertandingan Cerpen Kak Jumie: Oh My... *tarikh akhirnya pada 9 Jun, Ahad ini*
Pertandingan My Talents daripada Kak Lina. *tarikh akhir pada 31 November 2013. Lambat lagi... Lalalala... >.<*
Boleh tahan banyak juga saya join pertandingan ya? Hikhik. *perasan pula! >.<*
Tak kisahlah saya menang atau tidak. Janji, ada juga yang baca seperti penulis-penulis Blink dan Kak Lina. Hanya mereka yang baca novel atau cerpen yang saya karang selain kawan-kawan sekolah saya. :) At least lah kan... >.<
Haih... Dah terasa mengantuklah pula.
Eh!
Hah! Sebelum saya pergi naik ke atas katil dan terus 'mati'. Saya nak ucapkan tahniah pada para pemenang yang memenangi Pertandingan Menulis Cerpen: AKU SEORANG SUPERHERO.
Tempat pertama akan dapat RM50+5 buah novel PTS. *untung bukan? Huhu... Tak apa saya tetap ingatkan diri saya bahawa saya tiada rezeki*
Tempat pertama dapat kepada: M Faridzuan Majid.
Untung kalau dapat kawan dengan dia. Dia memang superb lah! Hehe... Boleh kalah Abang Al. Haha...
Hadiah saguhati akan dapat 3 buah novel PTS. *untung juga bukan?*
Hah! Jangan lupa add mereka. Untung-untung, dapat tempias pandai berkarya mereka tu. Hoho...
Okeylah. Sampai di sini sahaja. Bantal, bantal peluk, selimut dan katil sudah memanggil saya. Sampai ketemu di post yang lain ya.
Bye. Assalamualaikum. :)
Triple S
Post a Comment
Done read my entry? Wanna comment? My pleasure...